Saturday 28 April 2012

kenapa lelaki berkahwin boroi dan tips menguruskan nya......

Menurut artikel dalam kolum Info Seks majalah tersebut, lelaki yang dah berkahwin ni senang buncit disebabkan faktor kelamin sebenarnya.

Kebuncitan lelaki ini berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekaligus akan mudah membuatkan perut menjadi buncit. Faktor itu juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Ooo…

Namun jika hubungan kelamin tidak dilakukan dalam tempoh yang lama, perut mereka akan kembali kendur dan zakar pula akan mula mengecut. Selalunya berlaku kepada lelaki yang dah bercerai, mereka yang dah lama menduda atau selalu sibuk dengan kerja sampaikan tuntutan nafkah batin diabaikan. Kasihan ‘dia’.

Tips menguruskan perut yang boroi itu.

1. Makan slow and steady.

Jangan gelojoh-gelojoh nanti tercekik. Dahlah tercekik, dapat perut buncit pula. Kan rugi namanya. Bila kita makan secara tidak senonoh dengan menelan terlalu cepat, udara dalam usus akan membentuk gas dan terperangkap di dalam perut sehingga membuatkan perut menggelembung.

2. A diet with plenty of high-fiber foods!

Makanlah buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan masalah gelembung. Buah Apple dan Pear adalah antara buah yang mempunyai kandungan air yang tinggi dan bagus untuk menggelakkan perut buncit.
Makan makanan high fiber dapat mengelakkan kita sembelit. Yes. Buah-buahan! Sedar tak, bila kita buang air besar kurang daripada 3 kali dalam seminggu, kita dah dikatakan sembelit. Sebaik-baik sistem pencernaan manusia yang normal adalah buang air besar sehari sekali. Sekarang korang keluarkan kalkulator, berapa kali korang buang air besar dalam seminggu?

3. Minum banyak air

Ada orang kata, jangan minum air banyak-banyak nanti perut buncit! Wakluuu. Mitos zaman bila kau pakai itu? Sebenarnya minum banyak air dapat mencairkan kandungan Sodium/ Garam dalam badan dan sekaligus dapat meningkatkan jumlah air yang keluar dalam badan kita. Selain itu, air yang banyak dapat mengeluarkan sisa toksin dalam badan. Kan bagus! Jadi, jangan takut minum air sampai terkencing-kencing pun tak apa.

4. Bersenam.

Bila cakap bersenam je, semua macam malas nak layan. Too typical! Semua orang tahu bersenam itu bagus, tapi malas nak buat. Sebab apa? Sebab tak tahu, orang yang bersenam dapat menggerakkan cairan dalam perut –> masuk ke dalam salur darah –> dikeluarkan sebagai peluh / masuk ke hempedu dan menjadi air kencing. Sekaligus dapat mengelakkan perut memboroi.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN!
MAKANAN YANG MEMBOROIKAN
1. Garam
Garam itu jahat. Selain dapat menyebabkan darah tinggi, garam dapat menyebabkan perut membuncit. Garam dapat menarik air dalam jumlah yang besar dalam tubuh kita dan menyebabkan water retension.

2. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng memang sedap. Tapi yang sedap itulah yang tidak berkhasiat. Makanan bergoreng dapat memperlambatkan proses pencernaan dan menyebabkan lemak berkumpul dan membuat perkampungan di dalam badan. Kampung Lemak namanya. -_-

3. Minuman bergas.
Minuman bergas yang ada gula buatan ini semestinya akan dapat diubah menjadi lemak dengan lebih cepat. Dan oyeaaah, perut akan membuat gudang lemak! Tadi Kampung Lemak, sekarang dah jadi Gudang Lemak. Aku kayaa! Kaya Lemak! -_-

to my hubby kurang2 kan makanan bergoreng...bergaram dan minuman bergas utk keselasaan kita bersama...lepas ni boleh la kita beralih ke menu lain...rebus ....kukus dan bakor...

target...sihat sepanjang hayat...utk kebahagiaan dan kegembiraan suka duka kita sekeluarga... insyaallah