Berdikari secara fizikal
Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama
bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak
boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak
jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas
apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin
menonjol. Dia mungkin boleh berjalan
dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau
kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia
mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah
kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh
menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.
Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.

Buku untuk si pembaca kecil
Bayi anda seronok melihat buku, walaupun
dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan
mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.
Membentuk peribadinya sendiri
Pada usia ini, bayi anda mula menjadi
asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara
selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak
yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut
sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.
Tiba masanya untuk menetapkan batasan
Bayi anda mungkin sudah boleh memahami
arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap
anda apabila anda mengatakan "tak boleh." (Untuk menegaskan ungkapan
tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul
merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat
lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal
untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang
betul dan apa yang tidak.
Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, "Jangan, itu menyakitkan kucing." Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.

Bercakap tak terhingga
Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang
mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara
bermakna. Apabila lobus frontal otak
bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi
seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat
menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar
bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi
seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua
hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan
permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya
menajamkan daya ingatannya.
Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.
Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik
dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut
masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan
yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan
sekarang, mungkin tidak lama lagi.
Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya.

Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/baby/11bulan/#ixzz27vuPwXpE