MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?
Jangan Pandang Remeh Bab ni.....
Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.
Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah
disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di
tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul,
seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri
atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam
kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh
anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian
Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais
Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai
bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati
banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan
yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak
melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di
rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .
Mandi
wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang
ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu
tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua ,
menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar
kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat
mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah
Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya
ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan
mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali
niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.
Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak
sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai
rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada
badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada
najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.
Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh
anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu
ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang
atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak
wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam
hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai
kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air
ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah
dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula
selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang
itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu
tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna
selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna
pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula
bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang
menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya
tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air
sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap
ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air
terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan
pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil
halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah
bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan
bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang
dari sudut yg berbeza.
Dalam hal ini juga, sukalah
saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah
saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat
Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air
mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan
kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan
anak(wiladah) .
Mandi wajib boleh dilakukan di mana2
dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai
laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka
tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi
ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,
jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib,
seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak
berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Panduan Tambahan :
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5
kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan
menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir,
dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress,
perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika
solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah
SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar
awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati.
Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii
Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah
kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK
CERMIN ).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan
kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain,
tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh
langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali,
Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e.
selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,
buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.
Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di
atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan
angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta
cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.