Thursday, 26 April 2012

Bercukur

Alhamdulillah...arini Hazim telah bercukur utk kali yang kedua....alhamdulillah juga dengan izinNya Hazim tidak banyak kerenah...diam apabila ayahnya menggunakan mesin utk membuang rambutnya...cuma merengek2 sikit tika my hubby nak bersihkan keseluruhan rambut...bagi botak gituu

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yg disunatkan Islam. Rasulullah SAW bersabda: "Setiap bayi tergadai dengan akikahnya,disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama." Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan supaya rambut yang baru dan lebih sihat tumbuh.

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan serta sunat dilakukan. Begitupun ramai ibu bapa zaman ini terlalu sayangkan rambut daripada kesihatan anak mereka.

 Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum.

Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir.

Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’.

Bagi yang pertama kali mencuba untuk mencukur rambut bayi. Ada baiknya ia dilakukan ketika ia sedang tidur mengurangkan bayi bergerak, selain mengelakkan luka bahagian berkenaan.

Caranya dilakukan agak mudah seperti sebelah tangan memegang gunting, sementara sebelah lagi memegang rambut lalu dipotong. Lebih baik rambut bayi itu dibasahkan sedikit kerana lebih mudah untuk digunting. Kalau tidak yakin, minta bantuan orang lain melakukannya.

Gunting rambut hingga bahagian hujung. Untuk membersihkan lagi sisa rambut itu, gunakan alat cukur rambut yang masih baru. Regangkan lipatan kulit kepala dengan jari telunjuk dan jari tengah, kemudian cukur.

Teknik mencukur perlu dilakukan dengan perlahan dan teliti bagi memastikan cukuran itu tidak melukai kepalanya.

Sekiranya sepanjang proses berkenaan kepalanya terluka, beri ubat antiseptik, bagaimana sekiranya membabitkan luka yang besar, segera rujuk kepada doktor.

Kepala bayi harus terus dipelihara kebersihannya. Kekotoran atas kepala bayi digelar ‘cradle cap’ perlu dihindari dengan melumurkan sedikit minyak zaitun. Biarkan kira-kira lima minit sebelum dibuang menggunakan sikat.

‘Cradle cap’ terjadi akibat meningkatnya aktiviti kelenjar di samping pengaruh hormon androgen ibu ketika hamil. Sekiranya dibiarkan saja, tumpukan lemak ini akan menghambat edaran peluh, mengakibatkan munculnya gangguan kulit seperti gatal atau bisul. Dalam jangka panjang pertumbuhan rambutnya mungkin terganggu.

INFO: Kebaikan bercukur rambut bayi

Membuang kekotoran
Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih.

Biar tak mudah terkena radang
Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’.

'Menyejukkan' kepala
Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup.

Rambut baru akan tumbuh
Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.

(sumber :  http://jiwang.org/health-education/132818-elok-cukur-jambul.html )

Tuesday, 24 April 2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah walaupun duduk di perantauan aku tetap dapat memantau perkembangan terkini mengenai isu-isu semasa....dunia hiburan...berita sukan dsb

Jika dahulu utk menonton tv Malaysia...terpaksa melanggan laman sesawang berbayar www.racuun.com tetapi kini tidak lagi....terdapat laman web free www.layarku.com di mana lebih byk channel boleh dilayari

Dengan kemodenan dan kecanggihan teknologi...perubahan demi perubahan banyak peralatan komunikasi dicipta....semuanya serba canggih. Banyak tablet2 dicipta seperti ipad 2, ipad 3, Galaxcy Tab....semuanya boleh didapati dengan mudah dan kita bole melayari dan mendapat informasi hanya dihujung jari...begitulah teknologi hari ini...anak2 pula semakin demand..apabila ibubapa mengambil jalan mudah mensoggokan anak- anak dengan permainan yg berbentuk ilmuan kononnya...tetapi ramai ibubapa terlupa sebenarnya benda2 ini semua melalaikan...tidak mengeluarkan peluh....dan membazir..

Anak2 ku tidak ketinggalan...merenggek minta dibelikan ipad 2 tapi my hubby x layan...hehehhe...hajat dihati nak beli juga tapi....itulah seperti ku kata tadi membazir...


Friday, 13 April 2012

sayang..... bahagiakah kita???????

Sepasang suami isteri sedang menaiki basikal pada suatu petang. Suami di hadapan, manakala isterinya membonceng di belakang. Mereka melalui jalan berhadapan sebuah vila. Kebetulan di halaman vila tersebut sedang duduk pemilik dan isterinya sambil santai-santai minum petang.

Tiba-tiba pandangan kedua-dua pasangan suami isteri itu bertembung. Pasangan suami isteri yang sedang bersantai di halaman vila merenung pasangan suami isteri yang sedang berbasikal melalui hadapan vilanya.

Walaupun hanya seketika berpandangan tetapi hati mereka sempat berbicara...

"Alangkah bahagianya mereka," bicara hati suami yang sedang menunggang basikal. "Rumah besar, duduk bersantai pula dengan menikmati makanan yang enak-enak. Isterinya cantik, kereta besar..."
Apa pula bicara hati suami yang sedang duduk bersantai di halaman vilanya?

"Oh, romantik sungguh kedua-dua suami isteri itu. Isterinya memeluk erat di belakang. Alangkah bertuahnya mendapat seorang isteri yang disayangi. Tidak seperti aku, sekalipun mempunyai harta yang melimpah ruah tetapi aku tidak bahagia seperti mereka..." begitulah bisik hati si suami kaya itu.

Justeru, siapakah antara kedua-dua mereka yang bahagia apabila masing-masing merasakan orang lain yang lebih bahagia? Apa ukuran sebuah rumah tangga yang bahagia? Mempunyai segala kekayaan dan kemewahan hidup? Rumah besar, perabot mahal dan kereta berjenama, itukah petanda rumah tangga yang bahagia?

Jika itulah petanda bahagia, tentu sahaja rumah tangga Rasulullah dan isteri-isterinya tidak bahagia. Betapa sejarah telah menukilkan sering kali dapur rumah Rasulullah tidak berasap kerana tidak ada makanan untuk dimasak. Alas tempat tidur Rasulullah sangat kasar sehingga berbekas di belakang Baginda apabila tidur di atasnya.

Namun, rumah tangga Rasulullah s.a.w. itulah yang paling bahagia dan hingga kini menjadi contoh teladan untuk kita ikuti.

Apa sebenarnya bahagia itu? Hakikat­nya ramai manusia masih tertanya-tanya dan teraba-raba tentangnya. Yang miskin berasa bahagia itu pada kekayaan. Namun apabila dia mencapai kekayaan, ada yang lain pula disangkanya bahagia, lalu itulah pula yang diburunya untuk mendapat bahagia.
Bagi orang yang sakit, sihat itu bahagia. Sebaliknya pada yang sihat, itu bukan bahagia. Buktinya betapa ramai orang yang sihat tubuh badan tetapi muram jiwanya.

Bagi orang biasa, ternama dan termasyhur itu bahagia. Anehnya ramai pula orang ternama yang menyamar dan ingin lari daripada paparazi kerana benci akan publisiti.

Bahagia Itu dari Hati yang Tenang

Jadi apa bahagia sebenarnya? Bahagia itu bukan dari luar ke dalam, sebaliknya dari dalam ke luar. Maksudnya, harta, nama dan lain-lain perkara berbentuk kebendaan dan luaran bukan penyumbang kepada kebahagiaan seorang manusia. Bahagia itu datang dari dalam diri dan sesuatu yang maknawi sifatnya.

Untuk menangani sesuatu yang berasal atau berpunca dari dalam diri, manusia tidak boleh bergantung kepada dirinya semata-mata. Manusia harus bergantung kepada Allah, Penciptanya Yang Maha Mengetahui. Soal dalaman ialah soal hati atau roh. Itu sangat sedikit diketahui oleh manusia. Untuk mengetahui rahsia bahagia, manusia perlu kembali kepada Penciptanya (Allah).

Bahagia itu datang dari hati yang tenang. Hati yang tenang terhasil daripada sering mengingati Allah. Dalam al-Quran Allah mengingatkan hanya dengan mengingati-Nya hati akan menjadi tenang. Firman Allah yang bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'd 13: 28)

Dengan berzikir hati menjadi tenang dan dengan ketenangan hati itulah ter­ciptanya kebahagiaan pada diri seseorang. Itulah resipi kebahagiaan dari segi ilmiah­nya. Namun bagaimana pelaksanaannya?
Saya pernah mendengar kisah benar yang diceritakan oleh seorang bekas mufti tentang pengaduan seorang suri rumah tentang kebengisan suaminya. Bayangkan, suaminya "kaki masjid", kuat berzikir dan memakai serban serta jubah. Namun anehnya, suami itu sangat garang dan ganas. Pantang salah sedikit, isterinya akan diherdik, ditampar malah ditendangnya.

Lalu kita tertanya-tanya, mengapa suami yang kuat berzikir itu jadi begitu? Mengapa zikir yang ditegaskan sebagai sumber ketenangan itu gagal memberikan ketenangan kepada suami yang pemarah itu?

Lalu kita bertanya, bagaimana faktor zikrullah (mengingati Allah) ini dapat dipraktikkan dalam rumah tangga agar rumah tangga itu benar-benar mendapat ketenangan dan seterusnya kebahagiaan? Apakah suami, isteri dan seluruh anggota keluarga perlu berzikir sahaja sepanjang masa? Atau mengapa setelah zikir dipraktikkan, rumah tangga masih tidak tenang-tenang juga? Di mana salahnya?

Ada sepasang suami isteri yang meng­hadapi masalah dalam rumah tangga. Isteri keletihan menguruskan anak-anak yang masih kecil manakala suaminya pula keletihan bekerja untuk menyara ekonomi keluarga. Mereka sama-sama letih. Setelah mendengar cerita bagaimana Siti Fatimah dan Sayidina Ali mendapat kekuatan daripada berzikir dengan kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar, mereka pun terus mengamalkannya. Sayangnya, mereka tidak mendapat ketenangan seperti yang dialami oleh Siti Fatimah dan Sayidina Ali.

Zikir sudah sama tetapi kenapa kesan pada hati berbeza? Sekali lagi, di mana salahnya?
Zikir itu bukanlah sekadar menyebut-nyebut kalimah zikir tetapi yang lebih penting menghayatinya dengan hati dan mempraktikkannya dengan perbuatan. Oleh sebab itu, zikir itu terbahagi kepada tiga dimensi – lidah (qauli), hati (qalbi) dan perbuatan (fi'li). Inilah yang hendak dipraktikkan oleh suami isteri agar rumah tangga bahagia.

Zikir pada lidah, ramai yang sudah tahu. Yakni lidah menyebut-nyebut kalimah zikir sama ada semasa solat, selepas solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Dalam sebuah rumah tangga, perlu ada program zikir secara rasmi dan tidak rasmi agar seluruh anggota keluarga berzikir sama ada secara berjemaah ataupun individu. Seelok-eloknya setiap keluarga ada amalan-amalan zikir yang khusus dan diamalkan secara istiqamah. Pilih sahaja sama ada al-Ma'thurat, Manzil atau zikir-zikir warisan keluarga yang berasal daripada tarekat-tarekat yang muktabar. Atau ambil sahaja daripada zikir-zikir yang telah terbukti autentik daripada petikan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Tidak cukup sekadar "membaca" atau "menyebut" kalimah zikir, tetapi paling utama mesti dihayati maknanya. Jika Subhanallah, ertinya Maha Suci Allah. Apa maksud Maha Suci Allah itu? Allah suci daripada segala kekurangan, kelemahan dan lain-lain sifat negatif sama ada dari segi zat, sifat, perbuatan dan nama-nama-Nya. Allah itu juga suci daripada segala sifat buruk, hodoh dan seumpamanya. Berlawanan dengan makhluk-Nya yang serba-serbi lemah, kurang dan hina.

Untuk menghayati zikir Subhanallah, seseorang mesti memahami makna dan pengertiannya. Untuk mengetahui dan memahami, seseorang mesti belajar. Setelah itu barulah erti Subhanallah itu dibawa dalam kehidupan dalam bentuk penghayatan apabila bertemu dengan pelbagai insiden dalam rumah tangga. Katakan "Subhanallah" apabila Allah disifatkan dengan sesuatu yang negatif atau apabila berlaku sesuatu yang di luar dugaan sama ada buruk atau baik, suka atau duka, untung atau rugi dalam rumah tangga kita.

Tidak cukup dihayati sahaja, tetapi praktik "Subhanallah" itu hendaklah diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Segala tindakan sama ada oleh suami atau isteri mestilah mencerminkan mereka benar-benar menyucikan Allah. Orang yang benar-benar menyucikan Allah tidak akan marah-marah, mengherdik apalagi memukul pasangannya. Adakah mereka berani berbuat demikian jika mereka merasakan yang suci, yang hebat dan kuat hanya Allah? Orang yang marah-marah, bengis dan mudah naik angin boleh dianggap tidak menyucikan Allah dalam kehidupannya sebaliknya dia "menyucikan" dirinya sendiri.

Ya, kebahagiaan itu datang daripada ketenangan. Ketenangan itu pula datang daripada zikir. Namun bukan semua zikir menghasilkan ketenangan. Zikir yang menghasilkan ketenangan hanyalah zikir yang diamalkan secara bersepadu antara lidah, hati dan anggota. Hanya zikir yang bersepadu itu yang memberi ketenangan pada hati untuk menghadapi pelbagai pancaroba dalam hidup.

Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.
Mengapa dengan berzikir hati akan memiliki sifat-sifat baik ini?

- Artikel iluvislam.com

Saturday, 31 March 2012

REnungan bersama...tenung jgn xtenung

Solat Subuh » Wajah yang cantik
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya ツ
Solat Zohor » Duit yang banyak
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat ツ
Solat Asar » Kesihatan yang baik
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ツ
Solat Maghrib » Anak2 yang cerdik dan berjaya
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yang bermanfaat
Solat Isyak » Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
~ Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak ツ

Sunday, 25 March 2012

Besday Hanim 5 tahun


happy besday my sweet n lovely daughter Hani Rashiqah Hanim
semoga dengan bertambahnya usia akan mematangkan fikiran hanim
alhamdulillah....ayah telah membelikan ice cream yg comel dr Baskin Robin
thanks hubby walaupun penat tetap layan n belikan kek utk anak...

alamak....hanim request sesuatu utk besday present kali ni
tapi tak tahu ayah akan bagi atau tak...
mintak2 ayah bagi la...bole ibu join sama...
tapi kalu belikan hanim...harith mesti nak gok
kopak duit ayah...hehehehhe
 
apa tu hadiah yg di minta?
 
 
ipad 2..

Solat Dhuha

 




PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams ataupun ayat kursi)

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” amin...

Tuesday, 6 March 2012

Petua Memperoleh Zuriat

Seseorang isteri boleh membuat pengiraan dari tarikh anda datang haid. Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

KALENDER KESUBURAN BULANAN
(contohnya kalau isteri datang haid pada 1hb)

Hari Haid : 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 (10 hari)
Hari Subur (Anak Lelaki): 11,12,13,14,15,16,17 (7 hari)
Hari Subur (Anak Perempuan): 18, 19, 20, 21, 22, 23 (6 hari)
Hari Tidak Subur: 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 (7 hari)

A. Berdasarkan kalender diatas, isteri bolehlah sesuaikan dengan tarikh terakhir haid bagi mendapatkan tarikh yang sesuai untuk bersama suami bagi mendapatkan anak perempuan.

B. Sekiranya haid jatuh pada 23hb, maka sesuaikan dengan kalender tersebut di atas. Tulislah tarikh tersebut dengan tulisan kecil di bahagian atas kelender tersebut, supaya isteri mendapat tarikh yang sebenar untuk bekerja keras (bersama suami).

C. Walaupun masa haid hanya selama 6 atau 7 hari, tetapi telur akan mula berfungsi selepas hari ke 10.

D. Maka pada hari ke 11 hingga 17 (isteri di dalam keadaan subur yang amat sangat dan kemungkinan untuk mendapat anak L (LELAKI) adalah cerah.

E. Mulai tarikh 18 hingga 23, adalah hari-hari untuk mendapatkan anak perempuan. Untuk itu, disarankan agar isteri menggunakan masa (tarikh) ini sebaik mungkin untuk mendapatkan anak PEREMPUAN.

F. Bila tiba pada hari tidak subur di atas 24 hingga 25(lagi seminggu nak dating haid) isteri akan rasa sakit-sakit badan, sakit kepala dan moody. Itu salah satu tanda isteri akan didatangi haid dalam masa seminggu dan masa haid semula akan jatuh pada 30hb (selalunya akan tercepat atau selewat sehari) dari tarikh haid terakhir.

AMALAN PERTAMA


1. Selepas Fajar ataupun solat Subuh
• Baca Bismillah 1 kali
• Kemudian selawat ke atas Rasulullah s.a.w. 3 kali
• Setelah itu, sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
• Dalam sujud tersebut, mohonlah kepada Allah SWT apa yang kita hajatkan. Contohnya:"Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba-Mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat."
• Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali
2. Suami dan isteri digalakkan mengamalkan cara ini selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan cepat putus asa kerana Allah SWT tidak suka terhadap hamba-Nya yang suka berputus asa.

AMALAN KEDUA
1. Suami hendaklah membaca "Ya Mutakabbir" (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

2. Isteri hendaklah membawa "Ya Awwal" (Yang Tiada Permulaan ada-Nya) 333 kali setiap hari.

3. Setiap hari, isteri juga hendaklah membaca "Ya Zaljalaali Wal Ikram" 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan minum air tersebut.

4. Suami isteri hendaklah membaca Surah Yusuf, Surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh keyakinan agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang soleh dan solehah serta mendapat rahmat daripada-Nya.

PETUA 2


1. Amalkan meminum air suam bercampur madu asli (warna hitam) setiap awal pagi selama 3 bulan.
2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumahtangga.
3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.


Cara Melakukan Senaman Batin
1. Duduk bersila badan tegak
2. Luruskan kaki kanan ke depan
3. Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
4. Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas, tahan selama 7 saat)
5. Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
6. Lakukan 3 atau 7 kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walaupun hanya 3 kali (3 kali - kanan dan kiri).

PETUA 3:
Merancang Anak Lelaki


1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri (ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan, jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang Anak Perempuan


1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


Untuk Dapatkan Anak Lelaki


1. Banyakkan makan sayur untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan
2. “Deep Penetration”, maksudnya cuba pancut hampir kepada pangkal rahim isteri kerana sperma yang membawa jantina lelaki ini laju tetapi tidak tahan lama. Jadi kalau dekat dengan pangkal rahim, berkemungkinan besar ia boleh bercantum dengan ovum dan membentuk jantina lelaki.

Nota: Kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk lonjong.

Untuk Dapatkan Anak Perempuan


1.Banyakkan makan daging (ayam dan lembu) untuk kedua-dua pasangan, lelaki dan perempuan.
2.”Subsurface penetration”, maksudnya pancut jauh dari pangkal rahim. Ini berkemungkinan sperma yang membawa gen lelaki tidak dapat bertahan lama dan mati.Ini memberi peluang untuk sperma yang membawa gen perempuan bercantum dengan ovum.


Nota: Kalau mengandung anak lelaki, perut akan berbentuk bulat.

9 orang Siti yang patut dijadikan contoh

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Semoga kita mencontohi peribadi mereka dan mengambil pengajaran untuk mendidik isteri dan anak-anak perempuan kita. Jangan hanya nampak ‘Siti Nurhaliza’ sahaja sebagai ‘role model’ untuk anak-anak kita.

cerita-ceriti anak- anak

lama nya la tak update blog
bukan malas tapi takde apa nak tulis...

14hb 2 aritu kan belikan Harith n HAnim tortoise
huhuhu xsampai sebulan satu dari dua
tortoise tu mati...

kesian sungguh tortoise yg tinggal tu...duk sorg2
nanti g souk nak beli lagi sepasang laa..

*************************

ni cerita pasal Hazim my new baby...hehehhe jangan tak percaya
my baby dah tumbuh gigi..
seawal 3 bulan...huhuhu
mengikut pembacaan yg aku baca di google...gigi baby mula tumbuh 
seawal 3 bulan dan ada yang lambat lebih dari setahun
alhamdulillah Hazim tergolong dalam baby yang tumbuh gigi awal..

satu lagi my baby dah taknak susu dada...dia lebih suka susu botol 
sebab susu dada lambat kuar..
huhuhuhu...
tapi takpe la...selagi dia nak minum susu itu sudah memadai..
alhamdulillah

Wednesday, 15 February 2012

Haiwan Peliharaan Pertama Anak2




hehehe...14 feb yg lalu...Qatar cuti sempena Qatar Sports Day.....hari bersukan seluruh negara....
Rasgas tempat hubby keje pun wat Sports Day kat Aspire Park
hubby jadi volunteer so...banyak t-shirt dan topi kami amik
sape2 nak....mai datang umah..

sempena tarikh tu jugak...aku telah membelikan sepasang kura-kura
yang comel utk anak-anak ku Harith n Hanim
harapan aku...mereka dapat jaga kura-kura itu seperti jaga diri mereka
sendiri...
hari pertama ....diorang memang excited...kelakar aku tgok...
asik nak angkat ke hulu dan ke hilir jer...sampai my hubby kata...
kalo tumpah air...ayah buang selalu...hehehhe
hari kedua...aku ajar cara membersihkan tempat tinggal kura2 tu
dan cara memberi makan iaitu...6 biji saje..dan sehari sekali..
alhamdulillah ari pertama dan kedua berjalan dgn lancar...
harap2 kura-kura tu akan membesar dgn sihat walafiat..
hahahahhaha

Monday, 13 February 2012

Vespa Kenangan

Ibu, Amin dah beli tepung dan gula yang ibu suruh Amin beli balik dari sekolah tadi. Ada Amin letakkan di dapur." Lembut Amin menuturkan bicara kepada Ibunya tersayang. Lalu seperti biasa dia melangkah menuju ke pinggir tangga, duduk di situ memikirkan..


"Ya nak... Terima kasih. Biarkanlah dulu. Ibu tengah siapkan jahitan yang Cik Kiah kirim ni." Sambil tangan dan kakinya sibuk bekerja di mesin jahit singer itu, Mak Jah menjawab.

Amin. Seorang anak yang taat. Kasihnya kepada ibu tidak pernah kurang walau senipis helaian rambut. Selepas pemergian ayahnya dua tahun lalu, Pak Latiff, ibunya sahajalah tempat Amin bergantung, tempat Amin bermanja, tempat Amin bergurau senda. Tiada kawan dan adik beradik lain seperti orang lain yang boleh Amin ajak main bilamana petang-petang di kawasan rumah kampung dekat dengan bendang itu. Kalau dulu, waktu arwah ayahnya masih ada, Amin sangat rapat dengannya. Bersiar-siar keliling kampung dengan dibonceng Pak Latiff, motor Vespa hijau tinggalan atuk itu sungguh comel sekali masa itu. Sekarang sudah usang jadinya, tak ada siapa yang nak jaga. Ramai juga orang kampung yang lalu lalang bertanya mengenai Vespa itu. Ada yang sanggup beli sampai harga beribu ringgit. Yalah, semua tahu enjin motor itu kuat dan tahan lama, boleh dijadikan enjin pada gerabak angkut sawit, tanah, pendek kata memang bagus. Ada juga yang mahu menjadikan koleksi barang antik, dan ada yang saja-saja ingin masuk kelab Vespa di pekan sana. Tapi, setiap kali ada orang yang datang melamar Vespa itu, Aminlah yang menjadi penentang nombor satu. Macam-macam alasan dan hujah diberi Amin kepada ibunya supaya tidak menjual motor itu. Akhirnya, sampai sekarang duduk saja Vespa itu di tempatnya, tempat kali terakhir ia diletakkan oleh orang kampung selepas dihantar pulang. Amin rasakan kenangannya pada Vespa itu sangat bernilai, walaupun sudah nampak agak usang kini, Amin tetap sayang, Amin bersihkan badannya tiap-tiap petang selepas pulang dari sekolah. Diusapnya badan Vespa itu dengan penuh rasa kasih. Cuma dia tak tahu membawanya saja.

"Amin teringin nak bawa motor tu la bu, boleh tak?" Rengek Amin kepada ibunya sambil merenung ke arah Vespa yang tersadai di bawah rumah, tepi tangga rumah kampung itu.

"Amin pandai ke nak bawa? Motor tu kan berat. Badan Amin tu kan kecik je. Silap-silap motor tu ke parit, Amin ke hospital. Amin tak sayang ibu lagi ke. Nak tengok ibu duduk kat hospital tu siang malam jaga Amin? Nak bayar duit biaya hospital tu pun ibu tak mampu." Sudah acap kali Amin suarakan hasrat ini kepada Mak Jah, namun jawapan ini jugalah yang Amin dapat.

Sengaja Mak Jah jawab begitu sebab dia amat sayang akan Amin, satu-satunya anak yang dia rasakan sangat baik untuknya. Syukur. Dia rasakan amat beruntung ada anak seperti Amin, tak macam anak remaja orang lain yang degil, liar, saban hari buat onar dan memeningkan kepala. Amin lain. Memang berbeza dengan remaja seusianya, walaupun baru tingkatan tiga, tingkahnya matang dan tak pernah buat hati kecil Mak Jah terluka. Dia juga tak mahu kerana Vespa itu Amin menjadi seperti ayahnya.


Kenangan lalu peristiwa yang meragut nyawa Pak Latiff tidak pernah kering dari memori Mak Jah, apatah lagi untuk terus diluputkan begitu sahaja memori itu. Kerna Vespa itulah Pak Latiff terbaring tak bernyawa, bukan kerana kemalangan atau terjatuh dari motor, tetapi kerana orang yang iri hati terhadap Pak Latiff. Pak Latiff masa itu bergelar jaguh Vespa Pekan Kampung Seri Menanti. Siapa yang tak kenal dengan Pak Latiff, sudah bertahun memegang gelaran juara pertandingan Vespa Klasik Nusantara yang menjadi gilaan pemuja-pemuja motosikal klasik itu seluruh Malaysia. Sehinggakan ada manusia yang gelap hatinya, dengki sanggup membunuh Pak Latiff di suatu malam tika Pak Latiff pulang dari surau seusai mengerjakan solat terawikh berjemaah. Pak Latiff ditemui mati tertikam dek buluh runcing, malah Vespanya juga turut menjadi mangsa dicampakkan ke hujung tebing parit. Dan keesokan harinya, barulah ada orang kampung menemui mayat Pak Latiff, sungguh ngilu, pilu, dan sedih bila terkenang arwah yang pergi dalam keadaan yang sebegitu, terbiar semalaman di tepi jalan yang sejuk gelap gelita. Mak Jah tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya kerana faham Pak Latiff akan selalu berada di surau itu untuk berqiamullail, lebih-lebih lagi waktu itu sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Sampai sekarang tiada siapa tahu dalang di sebalik peristiwa itu dan akhirnya kes sudahpun ditutup oleh pihak berkuasa. Ada juga mulut gatal orang kampung yang mengatakan, Pak Latiff sudah tidak waras menikam dirinya sendiri, tak kurang juga yang berkata Pak Latiff terkena buatan orang melalui ilmu hitam, dan macam-macam lagi. Namun Mak Jah dan Amin percaya bahawa itu sudah ketentuan yang Maha Esa. Sudah tiba masa Pak Latiff pergi dan jika itu cara dia diambil oleh Tuhan, Mak Jah redha. Tidak putus doa Mak Jah dan Amin untuk arwah, disamping berdoa agar orang yang berbuat jahat terhadap arwah diberi hidayah dan mendapat balasan yang setimpalnya, bukan di dunia, di akhirat sana pasti tidak terlepas.

Kini, Mak Jah dapat merasakan yang Amin mahu mengikut jejak ayahnya menjadi juara dan dengan niat ingin menuntut bela kematian ayahnya itu. Namun, naluri keibuannya cepat-cepat menangkap hasrat Amin itu dan cuba seboleh mungkin untuk mengekang.

AYAH
WALAU KAU PERGI TERLEBIH DULU
KETAHUILAH
KASIH ANAKMU TAK PERNAH PUTUS KUNJUNG
DALAM DOA KU UKIR RASA RINDU
DALAM MIMPI KITA BERTEMU
KAULAH WIRA, KAULAH INSPIRASI...
BONDA
DI TELAPAK KAKI MU SYURGA MEMBENTANG
DALAM DOAMU TERKABULLAH KASIH SAYANG
DALAM KATAMU ADA HIKMAH
DAN SENYUM MU TIDAK MENGENAL SENJA
ENGKAULAH PELITA DIKALA JIWA GELAP GELITA...
JANJI ANAKMU
TAKKAN MELUPAKAN
WALAU HINGGA AKHIR NANTI.
"Kenapa orang tu sanggup bunuh ayah Amin ya bu? Ayah Amin tu baik, solat tak tinggal, dan kalau dia jadi juara sekalipun, apa salahnya kan, ayah memang berhak dapat gelaran tu, vespa ayah Amin tu istimewa, tak macam orang lain punya." Luahan Amin kepada ibunya yang sedang tekun menyiapkan tempahan jahitannya itu, seolah-olah berkata sendiri namun sengaja dikuatkan suara.

Dari tadi dia hanya duduk saja ditangga dengan baju sekolahnya tidak lagi berbuka. Itu sudah menjadi rutin harian Amin selepas pulang dari sekolah, paling kurang sepuluh ke tiga puluh minit pasti Amin duduk di situ memikirkan dan mengenangkan akan peristiwa yang menimpa ayahnya dua tahun lalu.

"Amin... ALLAH itu Maha Mengetahui dan Penyayang. Tidak DIA merancang dan menjadikan sesuatu perkara itu tanpa ada sebab dan manfaatnya. Kita sebagai hambanya perlu terima segala takdir yang telah tersurat. Redha dan berdoa agar ayah Amin selamat di sana. Ingat pesan ibu, doa anak yang soleh itulah yang menjadi cahaya penerang untuk ayah Amin di alam sana, dan moga dia ditempatkan dalam golongan yang mendapat syurga Allah." Nasihat Mak Jah kepada anak kesayangannya itu. Dia jikalau boleh tidak mahu Amin terus berfikir yang bukan-bukan, apatah lagi jika ada niat di hati anaknya itu untuk membalas dendam.

6 cara mudah buat anak rasa disayangi

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa disayangi:

1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih

Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.

2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya. Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya

Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.

Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."

4. Dengarkan kata-katanya

Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda mengambil berat di atas kesejahteraannya.

Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya. Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda masih menganggapnya istimewa.

5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.

Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.

Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.

6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya

Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.   Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat. Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."

Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin baik dan lebih bertenaga."

Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha. Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata perangsang daripada ibubapanya.  

Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan berasa gembira.

Saturday, 28 January 2012

Aircraft Extibition dan Scudia Ferarri live street demo

2 minggu yang lepas...hubby telah membawa kami berjalan-jalan
di sekitar Qatar saje...
Open Day Flight Extibition
di sana kami melihat pesawat-pesawat ringgan dan helicopter


Minggu yang berikutnya pulak...kami pergi di Corniche Doha
utk melihat Scudia live street demo in Qatar
lama la sungguh menunggu utk melihat kete ferarri n formula 1




Present from hubby

alhamdulillah....terima kasih sayang
menunaikan permintaan ayang smlm...hehheheh
lepas ni bole la wat roti sokmo...

lagi satu present tu walaupun simple...insyaallah akan
digunakan sebaik-baiknya
kerana masa itu berharga
tidak sama nilainya dengan hadiah itu...

terima kasih sekali lagi kerana menjadikan hidup ini
lebih bermakna dan bahagia di samping
dirimu dan anak-anak..
terima kasih Ya Allah...alhamdulillah dengan limpah rezekiMu

Tuesday, 10 January 2012

ATV

musim sejuk kembali menjelma...
aktiviti bermain ATV kat Sealine pun bermula...
05.01.2012 aku bermain ATV bersama family..
sambil ajar anak2 memandu ATV...


alhamdulillah sangat seronok n happy...cuma dapat main 
jap jer sbb xde org nak tolong jaga Hazim..
lgpun dah magrib...tuan punya ATV nak tutup dah

lepas penat main...kami berkelah di tepi pantai...tp
tak amik gambar sbb gelap..

Sunday, 1 January 2012

Pengalaman Bersalin di Qatar part 2

Bersalin tanpa ditemani suami mungkin memberi tekanan perasaan
kepada seseorang apatah lagi berada di negara orang
alhamdulillah aku tidak mengalami masalah itu...
tetapi aku mengalami tekanan sebelum bersalin
apabila tekanan darahku acapkali naik
sehingga doktor mengarahkan aku utk memeriksa tekanan darah setiap hari di hospital
alhmadulillah tekanan darahku kembali normal semasa pemeriksaan dilakukan

mungkin berkat pengambilan pil sampingan SALINDAH membantu aku
untuk mudah bersalin 
tetapi aku terlupa untuk makan pil yang diberi oleh doktor
akibatnya selepas bersalin HB aku turun mendadak sehingga
dinasihati oleh nurse untuk menjarakkan kelahiran selama 2 tahun atau lebih
supaya aku tidak mengalami masalah yang sama

sakit bersalin sama saja walau di mana-mana kita berada cuma
cara layanan yang membezakan antara hospital kerajaan atau swasta
layanan di hospital di Qatar alhamdulillah okey cuma bayi kita akan dijaga
sepenuhnya oleh kita 
itu yang memberi tekanan kepada ku apabila aku terpaksa berjaga malam 
kerana bayi ku meragam tidak boleh tidur...dan akibatnya
tekanan darahku naik dan HB ku turun mendadak sehingga
doktor tidak membenarkan aku pulang 
dan doktor mengarahkan untuk memasukkan darah ke badanku
tetapi yang peliknya bayi ku aku yg kena jaga even ketika 
darah dimasukkan ke badanku
mujur sebelah katilku orang yang sebangsa denganku walaupun berlainan
negara...terima kasih kepada kak bibi kerana membantu menjaga anakku...



Selamat tinggal 2011....selamat datang 2012

alhamdulillah ....terima kasih yaAllah masih memberi
peluang kepada hamba Mu ini untuk terus beribadat kepada Mu
tahun 2011 berlalu sudah....tahun 2012 menanti dengan harapan dapat 
mendekatkan diriku kepada Mu dengan lebih tawaduk n khusyuk

tahun 2011 memberi kenangan terindah dalam hidupku apabila
pertama kali memjejakkan kaki di hadapan kabaah pada April yang lalu...
terima kasih Ya Allah...tahun ini harap2 dapat lagi kaki ini memjejakkan kaki
di sana 
perancangan tahun ini diharap diperkenankan oleh Allah...
untuk menjadi tetamu Allah sekaligus memunaikan rukun islam ke 5..Amin

tahun 2011 juga Allah mengurniakan ahli yang baru dalam keluarga kami
Muhammad Haidar Hazim permata dan cinta hati kami...
melengkapkan lagi kebahagian kami sekeluarga...
harapan pada tahun ini...kebahagian ini akan berkekalan...insyaAllah

anak-anak tersayang

Sunday, 4 December 2011

Hazim....

Muhammad Haidar Hazim





Pengalaman Bersalin di Qatar

Aku bersalin baby yang ketiga ini di Hospital Hamad Al-Khor
sebelum ini...anak pertama aku bersalin di klinik bersalin manakala yang 
kedua pula di hospital swasta/ berbayar
tetapi yang ketiga ini di hospital kerajaan...di negara orang pulak tu

pengalaman bersalin di negara middle east ni begitu berharga
semua bergantung kepada diri sendiri...
dari mula-mula mendaftarkan diri di klinik mengandung sehingga melahirkan anak..
semuanya perlu dibuat sendiri tanpa bergantung kepada orang lain

my due date 14hb november
aku mula merancang biarlah baby lahir awal 
11.11.11 cantik nombor tu...tapi apakan daya baby masih belum nak keluar
 hari berganti hari tapi aku masih belum sakit2 nak bersalin lagi

lewat dah dari tarikh jangkaan bersalin...
15hb aku masih sempat makan bananas split kat al-waha club
16hb aku mula sakit-sakit tapi tanda-tanda nak bersalin masih xde
malam nya aku masih sempat tido sebab sakit sikit2 jer
tapi aku xbole tido lena kontraksi mula datang tapi tidak la terlalu kerap
kul 10 bangun...kul 1 bangun...kul 3 bangun tapi aku masih sempat berkata kat hubby
esok kita g hosptal ek...
tapi aku dah tak tertahan menahan sakitnya...aku ajak hubby g la tu gok
dalam pada tu...aku pun bersiap2
hubby masa tu la baru nak solat isyak
hanim tido xlena...

kul 3.30 baru bole kuar dari umah...hanim terpaksa dibawa sebab
takut memangis ketika kami berada di hosptal nanti manakala harith kami tinggalkan aje 
di rumah tido sorang2...

 tiba di hospital...terus nurse check...blood pressure...air kencing..dan bertanya 
macam2 soalan...dah la aku sakit...masa tu la nak tanya no tel ler...
pas2 doktor pun check jalan...alhmadulillah jalan dah buka 5cm
terus aku dihantar ke delivery room...dan doktor memberitahu
kalo xde apa2 masalah aku akan bersalin pada pagi ni gok

masuk dalam delivery room ramai nurse sedia menunggu
pada perutku di letakkan CTG..alat utk memdengar degupan jantung anakku
manakala aku disuruh mengiring...ikut posisi yang digemari 
kontraksi mula terasa...kadang-kadang sakit...kadang-kadang tidak
bila sakit nurse suruh tarik nafas..

jam 6 lebih aku sudah terasa macam hendak meneran tapi nurse kata jangan meneran lagi
tapi aku dah tak tahan...aku cakap bb nak keluar dah...
cepat-cepat nurse keluarkan tempat tahan kaki dan panggil doktor
alhamdulillah lepas meneran lebih kurang 5 kali
anakku pun keluar ke dunia ini 
walaupun doktor memarahi aku kerana tidak pandai meneran

alhamdulillah hilang semua sakit setelah melihat anakku
wah besar sungguh anakku 4.11kg