1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. 3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.
9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.
10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.
11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.
12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.
13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.
14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet
15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.
16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda
boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.
18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.
19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.
20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!
21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.
23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.
25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan
Tuesday, 29 June 2010
Saturday, 19 June 2010
hadiah harith
smlm hubby belikan harith beskal.....ben 10 punyer la suka...tp hanim xdpt sebab ni hadiah besday...besday hanim aritu dah belikah kasut roda so tumpang beskal abg jer la..
Thursday, 10 June 2010
jatuh
semalam kami g ke doha lagi......dgn tujuan nak beli carpet n nak carik jersi utk hubby...pas2 nak amik brg2 kat merqab
kami bertolak dr al-khor agak lewat sebab anak2 tido...lebih kurang kul 4 lebih...perjalanan dr al-khor ke doha cuma dlm 50 minit jer....smp doha...kami terus ke Najma Street...carik karpet baru...maklumlah hubby dpt duit tiket n duit perabot...eeeeeeeemmmmm pusing2 jumpa kedai carpet...kami pun masuk..tgok2 pas2 terus beli...agenda nyer hubby nak beli karpet yg mcm rumput tu...nak letak kat beranda luar tp aku reject sebab skrg musim panas...pas2 berabuk sgt kat luar tu..so kami cuma beli carpet tuk letak kat meja mkn n kat tv..
dari najma street kami terus ke Lulu Hypermarket...wow tengah sale tu...aku apa lg...g la membelek2 baju...tp bukan baju utk aku tp utk anak2..anak2 mmg kalo g supermarket jer suka sgt naik troli...nak dijadikan cerita..sedang aku membelek seluar utk harith tiba2 jer troli yg diorg naik tu jatuh...apalagi menangis la hanim n harith...dah la waktu magrib..wow rase malu pun ada sebab ramai org tgok...tp apa bole wat control macho jer ah...kesan dr tu hanim luka kat perut...harith plak xapa2..mujur xluka berdarah byk...cuma melelas jer..tp nangis gok
ehhhh lupa nak citer....hubby belikan camera baru utk aku...wah2 suka nyer...camera digital jenama olympus..ok la..
balik dr lulu...kami g amik brg2 kat merqab...penuh satu kete tp masih ada brg2 yg tinggal...mgkin lg 2 kali amik abis la..
selamat tinggal merqab

Saturday, 5 June 2010
harith besday
tadi dah celebrate besday harith kat md...cuma ajak uncle kelot n family jer...ayah belikan cake yg sedap sgt...kek coklat..n mmg berbaloi ngan harga nyer...emmmmmm QR120..
bab mkn2 mmg kami xkisah tp...berbaloi ker?...kek yg agak xberapa nak naik..pas2 nak potong kek gane ...ia xbagi pisau...dgn apa yg ada harith pun potong kek ngan sudu jer...lilin pun xde...mujur kek nyer best ditutupi ngan coklat moist yg enak...n eeeeeeeeemmmmm menyelerakan..
harith....ibu doakan anak ibu ni jadi anak yg soleh...pandai dalam pelajaran...dengar kata org tua..n mudah2an cita2 abg Harith nak jadik pilot akan tercapai...insya allah

Friday, 4 June 2010
anak2 tersayang
arini besday harith......pejam celik...dah besar anak sulongku ni...tahun ni dah 5 tahun & dah sekolah pun...planning nak bg hadiah beskal tp xtau la...sebab hanim aritu masa besday dpt hadiah kasut roda..
esok nak ikut hubby balik doha...bosan duk sini...nampaknyer harith kena cuti la ari ahad tu...hehheheheh...hubby nak anto kawan dia test kete..
esok nak ikut hubby balik doha...bosan duk sini...nampaknyer harith kena cuti la ari ahad tu...hehheheheh...hubby nak anto kawan dia test kete..
Thursday, 3 June 2010
boring
duk umah baru nie memang membosankan....bayangkan aku yg xbiase tido siang ni bole tido siang smp 2 kali sehari......punyer la xde keje nak buat...
dryer pulak wat hal.....asik2 bunyi jer...baju xkering2 pun...panggil maintenance xmai2 plak....bosan...bosan
ari pertama harith sekolah dari sini...pegi ok jer balik kena amik sebab aku terlewat tunggu...mujur hubby xkeje...aku tanya kawan2 diorg kata blk sekolah kul 12.30...aku pun tgu kul 12.20...rupa2 nyer kena tunggu 12.05...
arini macam rajin nak wat kuih tp.....

Friday, 28 May 2010
pindah umah baru
mungkin 2 3 ari lg...kami akan berpindah ke rumah yg baru....berpindah dari merqab doha ke al-khor community...harap2 berpindahan ini memberi satu kegembiraan kepada anakku Harith sebab selama sebulan dia ke sekolah dgn perjalanan pergi dan balik hampir 3 jam...
minggu terakhir kami di merqab...kami habiskan waktu bersama dgn berenang di swimming pool kat sebelah umah ni...aku ambil kesempatan ni utk belajar berenang ngan my hubby....alhamdulillah...aku berjaya..w/pun blm pandai la sgt...anak2 pun dah bole mengatasi ketakutan ngan air...arini hanim bole berenang mggunakan pelampung tanpa memegang tangan kami..

Thursday, 20 May 2010
Air liur basi
Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.
Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..
Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.
Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujaraban nya oleh pakar sains perubatan moden
Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunai kan solat subuh setiap pagi.
Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Wednesday, 19 May 2010
Tips nak kempiskan perut buncit
Bersarapan Dengan Yogurt
Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.
Jangan Gelojoh
Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit
Minum Air
Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
Pengambilan Serat Yang Tepat
Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.
Kurangkan Garam
Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Monday, 10 May 2010
mutiara kata
Bala Allah akan dtg kpd mereka yg berbuat mungkar juga kpd
mereka yg kononnye ALIM tetapi tiada berbuat apa2 terhadap kemungkaran itu
Anjurkan perkara kebaikan w/pun kita belum mampu melaksanakannya
dan
cegahlah kemungkaran itu w/pun kita belum mampu menghentikannya
Di antara riak pada zahirnya adalah org yg mengherdik anak yatim,
tidak pedulikan org miskin dan tidak mahu menguatkan silaturahim
Tidak selamat bagi ummat yg hidup di atas muka bumi tanpa
membuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran, maka bala akan datang bertimpa2
Bermula niat dgn berfikir, datangnya fikiran melalui renungan,
datangnya renungan dr muhasab diri, bermula muhasab diri dr pembacaan & ceramah kesedaran
Friday, 7 May 2010
rindu
eeeeeeeeeeeemmmmmmm rindu nyer kat mak n abah....aritu tfon umah dapat la cakap ngan mereka seronok...best...cuma tahun ni xtau lg balik bila...kalo ikutkan nak balik raya haji kekg tp ada pulak perancangan adik ipar nak kawin bulan 1 so....kena rearrange smula la....eeeeeeeee lambat lg la tu nak balik jawabnyer...
Friday, 30 April 2010
sekolah
semalam g ke sekolah utk daftarkan harith
dah siap beli sume uniform
tapi cuma takut harith nak nak g sekolah plak
dia kena g sekolah naik bas...perjalanan nyer mengambil masa 1 jam
ayah nyer nak hantar la konon2 first day tp org kat admin tu xbagi tanggung2 lg
so ahad ni dia kena g sekolah naik bas
kiter tgok nnt gane akan terjadi
jeng........jeng....jeng
Wednesday, 28 April 2010
jalan2
eeeeeeeeeemmmmmm dah lama xmemblogkan diri.........bukan apa bz skit....2 3 ari lepas g gym pagi2 ni...skrg dah tukar time plak dr pg ke ptg....
hubby dah beberapa ari keje mlm jer........so pagi2 bole la kuar sat sblm dia menidurkan diri....
selama ada kete ni bole la kuar g mana2 tmpt yg nak g..........smlm g pasar cari lauk...kelmarin kuar g corniche..n macam2 tempat la yg dah g....
eeeeeeeeeeeemmmmm aritu g culture village...ia wat pameran pasal marine festival...best sungguh...terharu tgok citer arab w/pun xtau apa ia kabo...
pas2 dpt tgok hidupan laut mcm ikan nemo, belangkas, clown fish, lobster, jellyfish n others...
pas2 yg best nyer...dpt mutiara... as sourvenier...

Sunday, 4 April 2010
Hummer
tanggal 1 April.....hubby baru dapat kete hummer yg di idam-idamkan tu...
walaupun dah beli seminggu yg lalu tp tuan kete tu mcm liat jer nak bagi....
al-maklum la blm abis bayo lg....
ari yg ke 2 baru aku dpt naik kete baru hubby ku sebab aku xberapa sihat
semalam baru naik...itu pun sbb nak g pasar....n petang kami berpicnic di cornish

Tuesday, 30 March 2010
pening
huhuhu...pening kepala...rasenyer mau pecah...ehhhhh mcm lg indun la plak....
kepala nie rase sakit....berdenyut2 nye.....makan panadol....letak minyak yu yee pun xilang gok....
smlm masa tido mlm hubby kata letak bantal kat kaki lebih tinggi dari kepala...alhamdulillah ok la skit....ni bgn pg jd lagi....tulun2...sape tau ubat paling mujarab......
Tuesday, 23 March 2010
besday
arini besday hanim yg ke 3 tahun............ibu doakan hanim jadi anak yg solehah, dengar kata ibu n ayah, jangan nakal2 n ceria sokmo...
ni gambar thn lepas masa sambut besday.....arini xtau dpt beli kek ke x...ayah belum dpt kete sayang...ibu akan wat kek utk hanim nnt....
ni gambar thn lepas masa sambut besday.....arini xtau dpt beli kek ke x...ayah belum dpt kete sayang...ibu akan wat kek utk hanim nnt....
Saturday, 20 March 2010
qatar
malaysia....tanahairku....sedih nak meninggalkan mu...
selama 18 ari balik duk kg...rasa sedih plak utk balik ke qatar semula
tapi apa bole buat itu pilihan hubby...
18 ari yg sangat membahagiakan....dapat jumpa mak ayah, mertua, jiran tetangga, kawan2...seronok
memang happy sesangat...
hari pertama sampai aje...tekak ni diisi dengan air laici yg bes...makan makanan yg enak2...
balik kali nie...rase sekejap aje masa berlalu...
2 hari duk umah mertua...balik paka semalaman...
balik pulak johor 5 ari...kemudian balik terengganu utk membantu persiapan
majlis perkahwinan my sis in law
ni gambar masa majlis pernikahan pada sebelah malam...

Saturday, 27 February 2010
hadiah
heheheh sukenyer...smlm hubby bagi hadiah.....seutas rantai emas utk aku n puteriku...hadiah ni sempena apa xtau la...aku terima dengan gembiranyer...thanks hubby...i love u...
arini kami kuar shopping lg...pagi g souk pas2 tengahari kat city centre...kat souk kami beli sourveneir nak bwk blk m'sia...kt cc kami beli baju columbia n baju utk family...
lunch kat cc la...mkn pizza hut n nasi greng qr20...hehehhe abis sepinggan aku mkn...lapo sungguh...
balik nak packing2 barang plak....eeeeeeeeemmmmmmm xsabo nak blk ni...rindu kat mak,abah, kawan, mertua...adik2 n sume la..
malaysia aku datang......
Thursday, 25 February 2010
negative
td kuar g beli barang2 utk di bawa blk ke m'sia....ada la beli buah tangan skit utk mereka2 di sana...
pas2 g ffc skali sbb hubby nk beli air...aku apalg terus membeli pregnancy test...excited ni nak tau result...tp hehehhehehe negative la...belum ada rezeki lagi kot...
apa2 pun still mengharap sebab mmg blm dtg lagi nie.......try harder...
Subscribe to:
Posts (Atom)