Sabtu (7.30 a.m)
“Salam..Selamat pagi! Dah bangun?” suara di hujung talian kedengaran sedikit girang. Love mengeliat sedikit dia baru bangun tapi sedaya upaya memcelikkan mata demi orang tersayang.
“Taklah, dah bangun pun” jawab Love perlahan. Padahal dia baru bangun selepas cuma melelapkan mata. Sudah hampir dua hari dia tak mendengar suara itu.
“Bunyi macam mengantuk je. Taka pa tidurlah balik.” Kedengaran suara itu memujuk Love untuk meneruskan tidurnya.
“Tak, nak dengar suara awak. Rindu.” Love menggagahkan dirinya untuk terus menahan kantuk. Sudah kebiasaan Love akan menjawab panggilan sesiapan pun walaupun dia sedang tidur. Dia risau kalau-kalau panggilan itu penting. Apalagi jika panggilan itu daripada orang yang dikasihinya. Selepas berbual seketika lelaki itu meminta izin untuk melakukan tugasnya.
“Mmm, saya nak mandi dan buat kerja ye. Nanti saya telefon balik.” Klik! Talian di hujung sana diletakkan. Belum sempat Love berkata-kata talian sudah dimatikan. Love mengeluh berat. Tak fahamkah dia aku rindukan dia?
******
Ahad (12.30a.m Hari Pertama)
Mmm, kenapa dia tak menghubungiku. Tidak juga meninggalkan sebarang pesan. Sihatkah dia? Dia yang sedang dilakukannya? Tidakkah dia mengingatiku? Biasanya walaupun seharian tidak menghantar pesanan kepadaku, dia akan menghubungiku sekejap sebelum tidur bertanya khabar dan menyuruh aku menjaga diriku baik-baik. Kenapa sudah seharian dia membisu. Aku menunggu hingga pagi buta, dia tetap juga membisu. Aku akhirnya terpaksa akur dan memaksa diri untuk tidur. Lagipun hari sudah lewat, aku perlu kerja esok hari.
******
Isnin (7.30 a.m, Hari ke-dua)
Aku membaringkan diri di atas katil sudah sejam aku berguling-guling cuba untuk tidur. Aku asyik memikirkan dia. Aku tidak menyangka mencintai dan kisah terhadap seseorang itu begitu perit. Jujurnya ini pertama kali aku jatuh cinta. Biasanya aku belajar untuk mencintai dan menerima seseorang dalam hidupku. Lelaki ini telah membuka hatiku untuk mengenali cinta sekali lagi. Aku terpesona dengan sikap baik, ambil berat dan ketegasannya.
Selamat pagi. Semoga abg sihat dan selalu.
Aku menghantarkan pesanan itu kepadanya. Entah pesanan yang keberapa puluh kali aku berikan kepadanya namun tidak pernah dijawabnya. Seharian aku menjalankan tugasku seperti biasa mengemas rumah dan membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Namun, sungguhpun aku sibuk otakku tidak lekang memikirnya. Kadang- kala air mataku menitis teringatkan dirinya. Aku terasa terasing darinya. Dia seolah-olah menjauhkan diri dariku. Padahal semalam dia seakan-akan gembira menghubungiku dan berjanji untuk menghubungiku semula. Tapi aku sudah biasa, dia selalu berjanji menghubungiku tapi dia akan mungkir janji (atau lupa). Sehingga tamat hari ini, dia tidak juga menghubungiku atau memberikan sebarang pesanan kepadaku, tidak dalam bentuk elektronik mahupun melalui telefon. Malamku berlaku tanpa dia, kesedihan di dadaku semakin menjadi-jadi. Tekanan di dadaku semakin memuncak. Aku cuba memujuk hati dengan mendengar ayat-ayat suci. Sungguh itulah penawar hati yang paling mujarab, namun sekuat mana pun aku. Air mata ini akhirnya tumpah jua. Aku akhirnya membuat keputusan untuk menghantar e-mail kepadanya, memandangkan aku tidak dapat menghubungi telefonnya walau telah ku cuba berulang-kali. Dalam hati aku cuma mampu berdoa yang dia menyedari kehadiranku. “Selamat malam…” bisik hatiku. Air mataku ingin mengalir lagi tapi sedaya upaya aku menahannya. Sabar hati….jangan menangis lagi…
******
Selasa (Hari Ketiga)
Aku bangun dengan semangat ingin melupakan semuanya. Tiba-tiba aku merasa sesak nafas. Aku berbaring semula perlahan-lahan, mengatur pernafasanku. Arghh, kenapa akhir-akhir ini aku rasa lemah. Dia sungguh-sungguh mengganggu fokus dan emosiku. Tapi aku tidak boleh membuang dia dari fikiranku. Sungguh aku cuba berbuat sepertinya, tidak menghiraukannya. Tapi…..ermmm….Aku sangat marah kepada hatiku…Berbaloikah menangis untuk lelaki itu? pernah dia menangis untukmu? Hati…..tolong kuatkan semangatmu..jangan kalah..
Aku tak mampu Love…Apabila kita mencintai seseorang kita akan rasa sakit dan gembira kerananya…Maafkan aku Love..Aku menyakiti hatimu…Maafkan aku….
Hatiku berbisik sayu..Memang itulah kenyataannya. Aku bukan lemah, tapi perasaan ini tak mampuku halang dan kuhilangkan…Aku mengucap perlahan-lahan, sambil mengingati-Nya. Aku hanya mampu mengadu kepadanya, aku tidak ingin memperbesar-besarkan hal ini. Aku Cuma harap ‘DIA’ faham…Dia telah menyeksakan hatiku dan mengganggu ketenanganku. Mana lelaki yang mensyukuri kehadiranku ketika hatinya sesat. Mana lelaki yang ingin menjagaku ketika susah dan senang..Serapuh ini dia meninggalkanku hanya untuk menenangkan dirinya sendiri….
Malam ini, sekali lagi tiada beritaku dengar darinya. Dia suaranya menenagkan diriku yang ketakutan..Dia tiada…Aku telah berusaha menghubunginya dengan pelbagai cara. Sungguh aku tidak pernah bosan untuk berusaha, aku tidak tahu di mana puncanya dia membisu seribu bicara. Adakah salahku? Adakah salah aku cuba meluahkan perasaanku, aku tidak memarahinya..mesej-mesejku hanya memintanya faham, aku sangat memerlukannya. Aku perlukan seseorang untuk mendengarku, aku punya banyak pilihan tapi aku hanya ingin mendengar suaranya. Aku tahu dia menghadapi masa-masa yang sukar, tapi patutkah membiarkan seseorang yang mencintainya terbiar tanpa khabar berita. Sungguh demi Allah, aku tak tahu ingin buat apa..Buat kesekian kalinya, hatiku parah. Bernafasanku terganggu dan aku tertidur dalam paksa. Jadual hidupku terjejas, emosi, dan pemakananku juga mendapat tempias kesan tekanan yang aku hadapi.
******
Rabu (Hari ke-empat)
Bangun pagi aku cuba menghubungi telefonnya lagi. Tapi seperti hari-hari sebelumnya, siang malam taliannya tidak dapat dihubungi. Aku memujuk diriku untuk percaya yang telefonnya rosak seperti yang diberitahunya sebelum ini. Laptopnya juga selalu mendatangkan masalah. Jadi aku berpendapat dia mempunyai sebab untuk tidak menghubungiku. Namun, apa yang mengguris hatiku dia boleh meninggalkan pesan kepada orang lain. Kenapa dia tidak berbuat demikian kepadaku? Aku tidak minta pesanan panjang berjela-jela. Aku juga tidak diminta dihubungi 24 jam. Aku faham kau ada kerja. Lagipun aku ingin kau berjaya dengan itu aku akan rasa senang hati. Aku berikan sepenuhnya sokongan kepadamu.
11.30 malam.
Dia menghubungiku. Aku rasa sangat gembira hingga ingin menitiskan air mata. Sungguh aku tersangat rindu suara itu. Temanku bergaduh, bergurau senda dan meluahkan perasaan. Aku menanyakan kepadanya, mengapa dia langsung tak meninggalkan pesan? Dia kata saja hendak bersendirian…Aku terkedu..Bersendirian untuk 4 hari? Setahu aku, apabila dilanda masalah kita ingin sekali bercakap dengan orang yang kita cintai. Kita ingin dia mendengar luahan perasaan kita. Aku tak tahu dimana salahku tiba-tiba dibiarkan sendirian. Namun, kerana sayangkan hubungan ini aku masih mempertahankannya. Setiap kali telefon perkara ini menjadi pertengkaran, namun aku tak faham mana keadaan yang dia perlu marah terhadapku? Aku sebagai perempuan yang ingin dimanja dan dibelai setiap masa, aku telah korbankan keegoaanku, perasaan marahku dan juga hak ku untuk diutamakan. Aku utamakan perasaanmu, masamu dan apa-apa pun yang ingin kau lakukan. Namun salahkah aku, hanya ingin tahu apakah SELAMAT orang yang aku cintai itu..Adakah dia benar-benar perlukan aku? Aku keliru apa pentingnya aku dalam hidupmu…….aku tahu kau pernah terluka, tapi wajarkah kau melukakan aku dengan SENJATA yang sama? Aku tak ingin kau terganggu..Ambillah masamu, ambillah juga masaku seberapa lama yang kau mahu. Aku harap Tuhan berikan aku cukup kesabaran untuk melihat ke mana akan kau bawa aku..Pintaku jangan fikirkan aku, selamatkan dirimu dan fokuslah kepada apa yang perlu dahulu…Arghhh, selamat malam. Dadaku sakit lagi, mungkin ini kesan tekanan yang aku hadapi..Hanya DIA yang memahami aku…Cukuplah DIA untukku…
Kepada Lelaki Yang Mampu Mengusik Jiwaku,
Aku terjatuh cinta padamu tanpa aku rancang dan aku sedari, Aku memberikan nasihat kepadamu bukan kerana aku ingin memilikimu, tetapi agar aku merasa ketenangan itu..Ketika kau dilanda masalah, aku selalu berdiri disebelahmu bukan kerana aku ingin rapat denganmu, tetapi aku ingin mengubat diriku sendiri.
Kepada lelaki yang Berjaya mencuri hatiku,
Aku menerimamu dengan keazaman dan kerana janjimu untuk selalu bersama susah senang. Dalam keraguan aku mempersetujui lamaranmu kerana aku yakin denganmu…
Namun, aku ingin kau faham..aku bukan dia..dan aku bukan penggantinya…aku tidak sama dengannya dan aku tak tahu apa yang kau rasa…Aku mengenalimu sebagai seorang lelaki yang bertimbang rasa, tegas, ambil berat dan menyayangiku…Namun, sekarang aku tidak seperti tidak mengenalimu atau merasakan kehadiranmu….
Untuk lelaki itu,
Maafkan aku kerana lancing berbicara sehingga menyentuh sensitiviti kalbumu, Aku tidak berniat melukakan hatimu atau mengganggu tumpuanmu, Tapi hatiku juga perlu menjaga hatiku, Cukuplah hati ini dilukai berkali-kali, Aku halalkan luka ini, pergilah untuk mencari ketenangan jiwamu..
cuma soalanku…pernahkah aku meminta lebih daripada yang kau mampu? pernahkah aku medahulukan keingananku lebih daripada keperluanmu? pernahkah aku tidak hormat kepadamu dan meninggalkanmu ketika kau berkeluh kesah kepadaku….mengapa kau tidak ingin mendengar suara hatiku, ketika aku benar-benar perlu?
sungguh sukar memahamimu dan membuat kau mengertikanku…Aku menarik nafas dalam-dalam. Mataku sudah berpinar-pinar. Ada mutiara jernih bergenang dikelopak mataku..Sabarlah hati…Percayalah, setiap kesakitan itu ada harganya. Anggap saja jalanmu perlu melalui liku-liku yang berduri sebelum sampai ke destinasinya. Jika tiada yang dapat menilai harga dirimu atau menghargaimu, cukuplah hanya aku yang mencintai dan menghargai dirimu…Aku menarik nafas perlahan-lahan, kesakitan di dadaku sudah menular dari bahagian kanan ke kiri..Tidurlah wahai permaisuri, Insyaallah esok akan ada bahagia untukmu…….Maafkan aku andai aku pernah mengguris hatimu…
No comments:
Post a Comment