Melonjak-lonjak
Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong
sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh
melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya
(dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat
mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh
juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas
sambil mengampu dengan lengannya.
Belajar memegang
Kemahiran motor halus bayi anda juga akan
berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan
sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang
lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari
cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa
suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa
seronoknya melentung-lentungkan objek.
Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

Tumbuh gigi
Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi
(ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia
boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa
ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas,
diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang
di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi
gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah
ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi
sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan
melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga
akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan
benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.
Menguji autoriti anda
Menjelang waktu ini, anda mungkin telah
cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan.
Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan
kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada
usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan
semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda
membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah
dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati
larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih
daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak
boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.
Perasaan tak senang ketika berpisah
Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang
dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia
akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah
malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya,
dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba
salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau
anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi
anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda
kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama
anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.
Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

Kemahiran mengenal
Sekarang bayi anda sudah boleh bermain
sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan
timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan
perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap
kuat.
Memahami bagaimana objek berhubung kait
Bayi anda mula memahami bagaimana objek
berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan
dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz,
contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan
anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari
anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam
cermin itu adalah anda.
Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

Patung dan permainan yang menyeronokkan
Bayi anda seronok bermain mainan yang
sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga.
Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan
klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih
(patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.
Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.
Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah "semudah mengambil gula-gula daripada bayi" tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.
sumber- baby center
www.babycenter.com.my
Anie....blog baru kak Nora...free singgah ler...
ReplyDelete