Monday, 28 May 2012

Kencing Malam

Minggu ini saja dah dua kali Harith terkencing di tempat tido...bagaimana nak atasi masalah ni...umur Harith tahun ni masuk 7 tahun tetapi kekerapan terkencing di tempat tido adalah tinggi berbanding adiknya Hanim yg berusia 5 tahun....

Harith sudah mula tidak memakai lampin pakai buang di waktu malam seawal 4 tahun....tetapi selalu terkencing di tempat tido...puas juga memarahinya namun tetap juga terkencing walaupun purata kekerapan itu turun tetapi masalah ini tidak dapat diatasi sepenuhnya...

Antara faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kencing malam ini ialah berkaitan dengan kadar perkembangan dan pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut. Biasa kanak-kanak yang mengalami masalah ini mengalami masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah kapasiti pundi kencing yang kecil dan hormon antidiuretik yang sangat kurang. Tekanan samaada dari segi fizikal atau emosi(psikologi) juga turut menjadi penyebab masalah kencing malam ini.

Menurut perubatan moden tiada rawatan yang dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini melainkan terdapat jangkitan pada pundi kencing.Namun dengan jadual yang diatur, kanak-kanak ini mampu untuk belajar mengawal pundi kencing mereka.Pada masa ini bantuan dari ibubapa amat diperlukan kerana mereka dalam proses pembesaran dan mula menerima perubahan dalam diri mereka. Peranan yang perlu diambil oleh ibubapa ialah mengatur jadual tertentu dan mengawal mereka sebagai contoh mengarah mereka untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur dan mengejutkan mereka pada waktu tidur.Walaupun ini dianggap menyusahkan tetapi ini merupakan satu cara untuk mengajar mereka agar dapat mengawal pundi kencing.


1 comment: