Friday 28 May 2010

pindah umah baru

mungkin 2 3 ari lg...kami akan berpindah ke rumah yg baru....berpindah dari merqab doha ke al-khor community...harap2 berpindahan ini memberi satu kegembiraan kepada anakku Harith sebab selama sebulan dia ke sekolah dgn perjalanan pergi dan balik hampir 3 jam...

minggu terakhir kami di merqab...kami habiskan waktu bersama dgn berenang di swimming pool kat sebelah umah ni...aku ambil kesempatan ni utk belajar berenang ngan my hubby....alhamdulillah...aku berjaya..w/pun blm pandai la sgt...anak2 pun dah bole mengatasi ketakutan ngan air...arini hanim bole berenang mggunakan pelampung tanpa memegang tangan kami..

Thursday 20 May 2010

Air liur basi

Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..


Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujaraban nya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunai kan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Wednesday 19 May 2010

Tips nak kempiskan perut buncit

Bersarapan Dengan Yogurt

Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut buncit.

Jangan Gelojoh

Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia telah benar2 hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk di hadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit

Minum Air

Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan Serat Yang Tepat

Pengambilan serat dari buah buahan seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Kurangkan Garam

Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memasksa air keluar dari sel badan anda dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Monday 10 May 2010

mutiara kata

Bala Allah akan dtg kpd mereka yg berbuat mungkar juga kpd 
mereka yg kononnye ALIM tetapi tiada berbuat apa2 terhadap kemungkaran itu

Anjurkan perkara kebaikan w/pun kita belum mampu melaksanakannya
dan
cegahlah kemungkaran itu w/pun kita belum mampu menghentikannya

Di antara riak pada zahirnya adalah org yg mengherdik anak yatim, 
tidak pedulikan org miskin dan tidak mahu menguatkan silaturahim

Tidak selamat bagi ummat yg hidup di atas muka bumi tanpa 
membuat kebaikan dan takut mencegah kemungkaran, maka bala akan datang bertimpa2

Bermula niat dgn berfikir, datangnya fikiran melalui renungan,
datangnya renungan dr muhasab diri, bermula muhasab diri dr pembacaan & ceramah kesedaran

Friday 7 May 2010

rindu

eeeeeeeeeeeemmmmmmm rindu nyer kat mak n abah....aritu tfon umah dapat la cakap ngan mereka seronok...best...cuma tahun ni xtau lg balik bila...kalo ikutkan nak balik raya haji kekg tp ada pulak perancangan adik ipar nak kawin bulan 1 so....kena rearrange smula la....eeeeeeeee lambat lg la tu nak balik jawabnyer...