Friday 29 January 2010

Hani Rashiqah Hanim



Hanim anak ku yg ke2...dilahirkan di KTS secara pembedahan
kerana kedudukan songsang secara menegak...
di lahirkan pada pagi jumaat bersamaan 23hb mac 2007
seorang anak yg aktif tapi selalu nak berkepit dengan ku...
sekarang nie
dah pandai main kasut roda....hari2 main dengan kasut roda...
bermula dengan berdiri di atas kasut roda,
kemudian bergerak secara perlahan
dan
sekarang makin laju meluncur
bersama kasut roda pemberian uncle kelok
Hanim seorang yg garang, bila bermain bersama
abang nyer pasti Harith akan menangis
masa hubby duk qatar, hanim manja dengan mak sedara nyer,
Cik Mi..adik iparku yg duduk bersama dengan ku dari
hanim dalam kandungan sehingga sekarang....
Hanim bile ku tanya hanim nak duk ngan saper kat malaysia...
dia jawab ngan Cik Mi...pas2
aku segera menjawab Cik Mi nak kawin doh...
Cik Mi ada Cik Edi...lantas dia pun senyap...

Muhammad Hadi Harith


dilahirkan secara normal pada hari ahad jam 3.15pagi 05 06 05
berat nyer 2.9 kg
seorang abang yg baik, selalu mengalah ngan adik nyer
suka menangis...
Harith ku lihat cepat belajar dan mudah mengingati cuma agak malas sedikit untuk mencuba...
sekarang ni dia pandai mengaji dan cuba untuk belajar menggunakan kasut roda
Ku lihat Harith nie seorang yg kreatif...ada saje benda yg dibuat dari permainan
kotak2 yg ku belikan untuk dia...sekejap dia buat jet, kapalterbang, klcc, istana...
dari kecik aku sudah tanamkan minat dia utk menjadi pilot...sekarang ni banyak mainan yg kami beli adalah kapal terbang, jet...

Hubbyku Mohd Rushaidi Abd Rahman


Kami pernah berjumpa dulu semasa aku belajar di kolej islam johor tapi pada masa tu....kami hanya bersua muka aje...ntah mungkin takdir Allah kami berjumpa lagi kerana aku menyambung pelajaran di Uitm dungun, terengganu..

Aku ingat lagi azie kawanku yang paling rapat ngan hubby ku...telah berpesan suruh menengok aku dan dayu...sebab kami baru sampai di terengganu...

Dalam pada itu, hubby ku yg baik nie pun mula memulakan tugas nyer menengok2 kan kami berdua tetapi aku mula rapat ngan hubby ku...xtau gane sume nie terjadi....itu la sudah jodohku...

Tapi aku ingat lagi, di malam waktu kami berdua nak balik johor, waktu tu hujan....dengan gaya macho nyer hubby ku telah meredah hujan untuk mengangkat beg2 kami...pada waktu la aku merasakan...yg hubby ku ini baik dan sanggup menolong walaupun pada waktu kami blm ada hubungan apa2...

Hubungan kami berdua berlarutan selama 2 tahun...hubungan jarak jauh...maklum la....tamat pengajian aku balik duk di kota tinggi, johor...manakala hubbyku duk di kerteh, terengganu..

Tanggal 6hb 9 2003 kami mengikat tali pertunangan...

Hampir setahun kami bertunang...kami memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada 10hb 7 2004.... meriah sungguh majlis perkahwinan kami kerana aku adalah anak bongsu...dan terakhir dalam keluarga berkahwin...

Selepas berkahwin...aku telah mengikut hubby ku duk di Terengganu...setelah beberapa bulan kami hidup bersama...kami dikhabarkan yg aku telah mengandung....gembira nyer...kerana akan menimang cahaya mata.........

Jam 3.15 pagi 5hb 6 2005...lahirlah zuriat kami yg pertama...kami namakan Muhammad Hadi Harith...

Selang setahun lebih....aku mengandung lagi....kali nie...baby ku dilahirkan secara pembedahan..kerana songsang...tanggal 23hb 3 2007 jam 10.30 pagi jumaat lahirlah anak ke 2 kami Hani Rashiqah Hanim..

Anak ke 3 kami akan menyusul nanti tapi bileeeeeeeeeeeeeee.....???????


Thursday 28 January 2010

Tahun 2009




2hb 8....hubby berangkat ke qatar.....bye2 hubby jaga diri elok2...ayang akan jaga anak2 kiter elok..hehheheheh sedih tapi apa bole buat itu yang abg nak...........nak merantau konon...tp terpisah...untuk kesenangan dan kebahagian kemudian hari........

3 bulan berlalu...aku menjalani kehidupan seperti biase....walaupun tanpa suami di sisi...hari raya tahun ni giliran kami beraya di Johor rumah keluargaku...adik ipar n family mertua telah menghantar aku pulang ke pasak seminggu sebelum raya dan mengambil aku pulang ke paka semula 2 minggu selepas raya...sedih memang la sedih beraya tanpa suami tapi beraya bersama keluarga sendiri telah mengubati kerinduan aku terhadap suami ku... tahun ini banyak kenangan sedih berlaku dalam hidupku kerana kehilangan abang kandungku Rahmat B. Koming yg telah pergi ke rahmatullah pada 15 Jun 2009 pada jam 11.30 tengahari di Hospital Sultanah Aminah akibat kegagalan jantung... sejak dari itu kami telah kehilangan family abangku kerana isteri dan anak2 nyer telah berpindah ke rumah emak nyer...mereka tidak mahu tinggal bersama dengan keluargaku walaupun rumah mereka bersebelahan dgn umah emaku..

Semasa ketiadaan hubby ku...rasa nyer 2 minggu sebelum hubby ku pulang ke tanahair...berlaku hujan yg lebat sehingga mengakibatkan banjir di tempat tinggal kami iaitu di taman tanjung jaya..kejadian ini telah menenggelamkan kawasan perumahan kami....mujur adik ipar n abang iparku telah membantu menaikkan segala barang2 berharga ke tempat tinggi...namun kuasa Allah...kawasan perumahan kami memang penuh dengan air tapi air tidak dapat masuk ke dalam rumah...syukur Alhamdulillah..

25hb 11 gembira nyer hati ini hubby balik malam nie......dah lama xjumpa rindu sangat...anak2 selalu tanya ayah g mana ibu?...ayah keje kat qatar...mujur anak2 paham dan tak banyak soal jawab...fuh sedih tu ditinggalkan lama lebih kurang 4 bulan lebih.........

26hb 11 hari raya korban....setiap tahun hari raya korban pasti aku akan beraya di umah mertua......nasi dagang menu utama...tp itu bukan la makanan kegemaran aku.......so terpaksa la carik makanan lain...nasib baik umah cik de masak nasi minyak...so itulah makanan aku pada pagi tu.. tahun nie aku masuk korban lagi...hari raya ke2...pagi2 lagi dah ke umah tuk di beladau kolam..korban lembu di buat pagi nie...kami sekeluarga amik 3 bahagian...2 utk hubby dan 1 untuk aku..

13hb 12....masa aku dan family untuk berangkat ke qatar....jam 9 mlm kami bertolak dari airport terengganu menuju ke KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Qatar dengan menaiki Qatar Airways....7 jam duduk di dalam pesawat telah menginsafkan ku tentang kekuasaan Allah...

14hb 12 kami sampai di Doha, Qatar...jam 6 pagi...

Bermula la episod baru dalam hidupku berada di negara asing selain bumi tanah tumpah darahku MALAYSIA..................