Thursday 26 April 2012

Siapakah pengasas FB (facebook- muka buku)???

 



Rata-rata semua orang...mempunyai account facebook (fb) tapi adakah anda tahu siapakah pengasas FB ini?????

Tu gambar di atas tu pencipta merangkap pengasas fb...hensemm..bole tahan la..

tapi siapa dia????

Nama sebenar pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York. Semasa beliau mahu membangunkan website Facebook, beliau hanya la seorang student dari Harvard University. Facebook pada masa itu hanya digunakan oleh kalangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pastu, beliau mula menyebarkan Facebook kepada universiti lain. Universiti yang terawal mendapat penyebaran ni ialah Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. Last-last Facebook telah dibuka kepad orang ramai sehingga la sekarang.

Lepas 2 tahun Facebook jadi fames, Mark Zuckerberg langsung tidak mahu menjual facebook walaupun ditawar oleh Google & Yahoo iaitu sebanyak hampir USD$1 billion. "Facebook bukan untuk dijual" kata beliau dengan selamba. Walaupun orang ramai berkata beliau tidak relevant kerana tidak menjual Facebook tetapi beliau tetap dengan prinsipnya "FACEBOOK BUKAN UNTUK DIJUAL".

Then, 3 tahun berlalu Mark Zuckerberg ditabalkan menjadi jutawan termuda atau "world youngest self-made billionaire" oleh Majalah Forbes dengan anggaran harta bernilai USD$1.5 billion (bape banyak la tu kan kalau convert masuk ringgit malaysia.

Kalau nak tahu lebih cerita Mark Zuckerberg sila masuk Wikipedia. Kat sana ada cerita cam ne beliau disaman oleh ConnectU sehingga menjadi kontoversi. 



Fb ni...kadang-kadang bagi kebaikan bagi seseorang individu tetapi bila disalahgunakan ia akan memudaratkan dan memberi kesan kepada seseorang itu..


Seorang pelajar di Malaysia memgambil langkah awal dengan menutup account Fb...sebagai persediaan utk menghadapi peperiksaan SPM dan kesannya dia memperolehi keputusan yg cemerlang..tahniah..

di bawah ni disenaraikan kebaikan dan keburukkan berfb..
 
Kebaikan Facebook :

  1. Untuk  meningkatkan hubungan kawan dan keluarga.
  2. Untuk menemukan keluarga, saudara, kerabat yang berdaftar
  3. Sebagai media perbincangan, media dakwah, tukar maklumat dan mengajak kebaikan.
  4. Sebagai alat iklan berbaris percuma dengan cara posting maupun iklan berbayar yang telah disediakan.
  5. Sebagai media promosi kempen pilihanraya.
  6. Membina komuniti  tertentu, seperti Sekolah, pelajar, bekas pelajar, jabatan, university dan sebagainya
  7. Melatih berkomunikasi, melatih menulis, mengeluarkan pendapat, idea dan sebagainya.
  8. Untuk peti simpanan foto kenangan mengikut kategori dan juga boleh di kongsi sesame rakan foto berkenaan
  9. Boleh memasang beberapa aplikasi di laman facebook kita
  10. Boleh membina page tambahan pada akaun facebook kita dan ia lebih mesra seo
  11. Boleh di guna untuk sebaran berita, artikel agama, maklumat dan sebagainya
Keburukan FaceBook :
  1. Mengurang produktiviti pekerja, jika pekerja asyik main FB semasa kerja.
  2. Kurang perhatian terhadap keluarga, dan anak-anak, jika ibu atau bapa selalu buka facebook dalam masa yang lama.
  3. Berinteraksi secara bersemuka diganti dengan interaksi secara online melalui FB. Dan ini mengurangkan kemesraan antara kita.
  4. Batasan hal peribadi mungkin akan di luah secara bebas dan kadang tu melanggar hak masyarakat dan sentiviti suatu masyarakat dan kaum.
  5. Mudah tersebarnya maklumat penting yang tidak semestinya di tulis pada FB,
  6. Bahan lucah mudah di sebar melalui gambar atau bahan cetakan
  7. Banyak masa terbuang akibat penggunaan yang tidak manafaat
harapan saya...renung-renungkan lah....yang baik kita ambil ikhtibar dan yg buruk jadikan sempadan..


No comments:

Post a Comment