Assalamualaikum...selamat hari raya... adakah benar bulan ramadhan bulan menguruskan badan manakala bulan syawal bulan membina badan? hehehhe tepuk dada tanya diri anda sendiri
mungkin juga ada benarnya bila bulan ramadhan kita hanya makan berat 2kali jer...pada saya la..tapi mungkin tidak pada org lain...manakala di bulan syawal sume orang berlumba-lumba wat open house...jadi makan...makan...dan makan..
terdapat beberapa cara utk kurus dengan mudah antaranya :
Pengambilan Pil Diet
Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.
Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?
Contoh cara kurus menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah
sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar
tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga
bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. Cara diet
ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap
yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan
bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini
turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.
Pil diet ini pula dinamakan Olistat satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari di serap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak
dari di serap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali
sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan di hantar
terus ke sistem pencernaan. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana
didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% berat badan namun kesannya buruknya menyebabkan mereka yang mengunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan pengunaannya.
Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine.
Cara kurus ini juga seperti pil diet – pil diet yang lain. Cara kurus
mengunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah di haramkan kerana
kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa panjang
boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih dan
tekanan. Adakah cara kurus ini yang menjadi pilihan anda?
Hoodia

Pil
diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk
menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga yang mendakwa ia mampu
menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam hoodia ini
yang mampu memberikan kesan pada selera makan. Ekstrak hoodia kini
boleh didapati secara semulajadi untuk menahan lapar dan mengawal selera
makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati
pengambilan pil diet dari ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati. Aduh sukarnya nak berdiet dengan mudah. Ada cara lainkah yang lebih mudah kurus?
Liposuction
Cara
ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang
singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum
di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut.
Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara
kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu
terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini
sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma
pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu
kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.
Pintasan Gastrik
Mengecilkan
perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan.
Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil.
Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat
badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake
pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi
kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca
jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara
kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.
Diet Ekstrem
Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalik impak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini.
Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.
mungkin juga ada benarnya bila bulan ramadhan kita hanya makan berat 2kali jer...pada saya la..tapi mungkin tidak pada org lain...manakala di bulan syawal sume orang berlumba-lumba wat open house...jadi makan...makan...dan makan..
terdapat beberapa cara utk kurus dengan mudah antaranya :
Pengambilan Pil Diet
Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.
Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?
- Phentermine

- Orlistat

- Bontril / Phendimetrazine

Hoodia


Liposuction

Pintasan Gastrik

Diet Ekstrem
Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalik impak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini.
Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.
No comments:
Post a Comment