Monday, 7 May 2012

Bagaimana nak kuruskan badan dengan cepat @ Bagaimana nak kurus cepat TANPA UBAT

Tips Kuruskan Badan tanpa menggunakan ubat!

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. PENGGUNAAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

sumber: myreez.com

23 comments:

  1. Bagi sesiapa yg bercadang hendak kuruskan badan dengan selamat dan berkesan bolehla mencuba produk Bios Life Slim

    ♥♥♥ Feel free to 'SHARE' as sharing is caring ♥♥♥
    untuk maklumat lanjut atau pembelian
    boleh call/sms/pm saya : 013-3882126 (Aza Ideris)
    http://azaideris.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. MENGAPA HARUS PILIH ALPHA LIPID SD2?
    Kandungan dalam Alpha Lipid SD2 mempunyai kesemua yang anda perlukan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan begitu efektif dan mengekalkan kelangsingan dalam jangkamasa panjang. Ia jua mampu membantu penurunan berat badan sebanyak 2-5kg seminggu. Yang paling best Alpha Lipid SD2 rasa vanilla dan memang sedap. Kepada yang tidak boleh atau tida...k suka susu, anda jangan risau kerana Alpha Lipid SD2 bukan susu.

    KELEBIHAN KANDUNGAN ALHALIPID SD2
    1) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA
    - Membantu meninggikan metabolisma
    - Meningkatkan penggunaan tenaga
    - Merangsang badan membakar lemak
    - Bahan Antioksida yang kuat
    - Pemeliharaan Jantung
    - Antibacterial & Antiviral

    2) MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT
    - Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
    - Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis)
    3) MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN
    - Memperbaiki jisim otot
    - Meningkatkan metabolisma
    4) MEMPUNYAI ALPHA LIPID
    - Formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik.
    SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN:
    -Tiada kesan kelaparan terlampau
    -Tiada ketagihan kepada makanan berkarbohidrat dan manis
    - Kawalan gula darah lebih baik
    - Merangsang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
    - Lebih bertenaga (Tiada keletihan ketika berdiet)
    - Memelihara jisim otot dan ton kulit (Tidak mengendur)

    1 Tin ALSDII RM180 (semenanjung) / RM192 (Sabah/Sarawak)

    Boleh hubungi saya terus untuk info lanjut di talian 014-666 8392 (Yatie)
    atau singgah group kami http://www.facebook.com/groups/ALSDII/

    ReplyDelete
  3. sharing yg bagus. yg penting sekali adalah determination. yes petua diatas tak perlu guna prudok2 yg membuatkan kelur duit banyak

    ReplyDelete
  4. gara2 teringin mencuba alpha lipid sd2 saya telah ditipu oleh pengedar alpha lipid sd2. sudah buat bayaran tapi tak dapat barang yang dioder...sedih sangat...

    ReplyDelete
  5. * Masalah gemuk yang tidak terkawal ? Masalah perut buncit ?
    * Masalah punggung besar ? Masalah peha besar ?

    Penyelesaian ==> Kuruskan Badan

    ReplyDelete
  6. sume org nak nampak kurus...yg penting usaha ke arah itu

    ReplyDelete
  7. Ini dia cara nak kuruskan perot dengan cepat dari omputih hehe..
    http://gerentikurus.blogspot.com/2013/01/how-to-lose-stomach-weight-fast.html

    ReplyDelete
  8. Suke baca petua kuruskan badan dengan cara semulajadi..info yg membantu

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba BURNER dan SMOOTHER.
    Tanpa perlu menahan rasa makan, makan sprt biasa, takperlu kerap ke tandas.
    Harga yg berbaloi dan kesan perubahan dalam masa seawal 2 minggu pertama.
    Layari www.burnerandsmoother.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Salam, kurus untuk kelihatan cantik dan menawan..di samping itu kita harus menitik beratkn kulit dan lemak yang menggeleber bila penurunan berat badan berlaku...sila hubungi sy Ann 0192887744 jika berminat tips seterusnya..sy sedia membantu.tq

    ReplyDelete
  11. Masalah utama bagi orang yng obesiti adalah sukarnya nak turunkan berat badan.Susah kerana persekitaran yang tidak membantu, rakan-rakan, keluarga dan cara hidup pemakanan yg totally salah dari yg sepatutnya!.

    LOSE WEIGH NOW, ASK ME HOW -013-4264767 (AZUWA)
    Saya akan membantu anda dan penting untuk SERIUS. Saya dah mencuba dan alhamdulillah saya yakin dengan produk Nutrisi Herbalife. Insyaallah sy juga membantu pada sesiapa yg ingin menambahkan pendapatan.

    JOM KE ARAH KESIHATAN DEMI KEBAHAGIAN BERTERUSAN :)

    http://loveherbaliforever.blogspot.com/2013/03/q-herbalife-intro.html

    ReplyDelete
  12. petua yang bagus . suka . kene tryyyy ni :)

    ReplyDelete
  13. insyaallah saya akan try petua ini

    ReplyDelete
  14. Jom kurus dengan Malaysia fat burner. I dah cuba Malaysia fat burner dan i dah hilang jumlah 20kg lemak. www.malaysiafatburner.com

    ReplyDelete
  15. Hi All

    You can lose weight Green Coffee bean extract fat burner.
    It's 100% safe and natural. It is certified by Malaysia Government MInistry of Health.

    www.malaysiafatburner.com

    ReplyDelete
  16. TERBAEK !! Thanks for the info..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. hisaya ada cara anda blh kurus dengan mudah dan cepat tanpa guna pape produk.
    http://weighttrainer.blogspot.com
    tq

    ReplyDelete
  19. good info...saya gunakan omega guard(minyak ikan) dan lichitin juga cinch dan herblax - cara shaklee...jum kurus..
    http://metrobestmom.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. betul jugak apa yang admin cadangkan. cuma sebenarnya kan, pada pendapat saya, kalau betul-betul nak kurus, seseorang tu kena ada ilmu macam mana kuruskan badan. Untuk kurus, perlu ada 3 langkah yang penting. yang pertama kena detoks semua toksin yang merbahaya dari dalam badan kita. sebab ada kes, seseorang tu meninggal dunia, hanya kerana dia langsung tak "melabur" atau "b**ak" dalam tempoh sebulan. bayangkan, longkang yang tersumbat dengan pelbagai sampah dan kotoran, kalau tak dikeluarkan dalam tempoh sebulan, sudah pasti macam-macam penyakit atau bau yang akan kita hidu. begitulah juga badan. semua sampah atau toksin ni, perlu disingkir dari tubuh.

    kedua, lemak yang ada tu, kenalah di bakar. kalau lemak tak dibakar, nanti lemak tu akan terkumpul di bahagian2 tubuh yang tertentu seperti pinggul, punggung, paha, betis, lengan, perut. sebab tu, ada orang yang kurus, tapi nampak macam lemak bergayut di kawasan ini.

    langkah ketiga yang perlu untuk kurus adalah bina otot. otot ni, penting untuk proses metabolisme. kalau proses metabolisme cepat, barulah cepat tubuh kita nak turunkan berat badan. :)

    ReplyDelete
  21. Perkongsian yang sangat menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete