Thursday 24 March 2011

Persiapan untuk mengerjakan Umrah

Umrah merupakan haji kecil, perbedaannya dengan haji adalah dalam umrah tidak melakukan jumrah, wukuf dan mabit. Sekain kegiatan itu dilakukan dalam ibadah umrah.

Umrah menurut bahasa artinya berkunjung atau ziarah, sedangkan menurut agama ialah Mengunjungi Baitullah dengan niat ibadah dengan cara tertentu dan dapat dikerjakan dalam waktu Haji maupun diluar musim Haji dan disebut Haji Kecil. Umrah dilakukan dengan ihram dari Miqat, kemudian Tawaf, Sa’I dan diakhiri dengan Tahallul (Gunting Rambut) dan terlepas dari Larangan Ihram.
Hukum ibadah umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang mampu, dan dibolehkan untuk melaksanakan Umrah walaupun belum melaksanakan Haji.
Allah berfirman yang artinya:

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah” (Al Qur’an Surat 2 Al Baqarah ayat 196)
Bagi yang mampu melakukan umroh berkali-kali itu lebih baik lagi, “Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w telah bersabda Umroh ke Umroh berikutnya adalah penebus dosa diantara keduanya (HR. Bukhari & Muslim)“.

Syarat, rukun dan wajib umrah 

Syarat adalah suatu perkara yang harus ada atau suatu pekerjaan yang harus dilakukan sebelum mengerjakan ibadah terttentu dan menentukan sah atau tidaknya ibadah tersebut. Umrah mempunyai syarat-syarat tertentu sebagaimana ibadah-ibadah lainnya sebagaimana berikut:

Syarat Umrah:
Islam
Baligh (Dewasa)
Berakal Sehat
Merdeka
Istitha’ah (Mampu): 
Maksud mampu:

1. Sehat jasmani dan rohani2.  Memiliki cukup biaya untuk dirinya dan keluarga yang ditinggalkannya.3. Situasi dan kondisi memungkinkan, aman bagi dirinya dan keluarga yang ditinggalkannya dan tidak terhalang/ mendapat izin untuk perjalanan haji. 
Rukun Umrah
Rukun adalah suatu perkara atau pekerjaan yang harus dilakukan dalam mengerjakan ibadah tertentu (bagian dari ibadah) dan menentukan sah atau tidaknya ibadah tersebut.

Rukun Umrah:
a.        Ihram
b.       Thawaf
c.        Sa;I
d.       Tahallul (bercukur)
e.        Tertib sesuai dengan tuntunan manasik umrah

Wajib Umrah
Adalah suatu perkara atau pekerjaan yang harus dilakukan dalam melaksanakan Umrah dan apabila ditanggalkan wajib membayar dam (denda).
    1. Ihram dan Miqat
    2. Menghindari perbuatan yang dilarang dalam keadaan berihram

Ihram menurut istilah ialah mengharamkan (menghindari) segala sesuatu yang ditentukan selama melaksanakan ibadah umrah. Bila kita akan mengerjakan umrah, kita harus berihram. Ihram maksudnya sesuatu keadaan yang harus dipenuhi agar dapat mengerjakan umrah.

Tata Cara Ihram


a. Bersuci, dengan mandi besar (mandi wajib). Jika tidak memungkinkan, kerjakan wudhu. sebelum mandi, hendaknya memotong kuku dan bulu-bulu di badan. bagi wanita tidak boleh berhias (bedak, lipstick dan sebagainya).
b. Mengenakan pakaian ihram.Bagi Laki-laki memakai dua lembar kain putih yang tidak berjahit. Satu lembar dipakai seperti sarung, dan satu lembar lagi disampirkan dipundak. Jangan lupa, lepaskan semua pakaian dalam. Untuk menjaga agar ikatan kain tidak lepas, boleh memakai peniti atau ikat pinggang. Gunakan sandal sebagai alas kai dan bukan sepatu. Pakaian ihram bagi wanita adalah pakaian muslimah sehari-hari, yang berarti menutup kepala dan berkaos kaki. Wajah tidak boleh ditutupi dengan cadar. Sarung tangan juga tidak boleh dikenakan.

c. Shalat sunat ihram 2 rakaat (sudah berpakaian ihram).
d. Niat, setelah shalat, niatkan ihram kita ini untuk melakukan umrah.
Niat Umrah: “Labbaika Allaahumma Umratan”, artinya: Ya Allah kami datang memenuhi panggilan-Mu untuk berumrah. Atau “Nawaitulumrata wa ahromtu biha lillahi ta’ala”, artinya: saya berniat melakukan umrah dan berihram dengannya karena Allah Ta’ala.

e. Mengucapkan talbiyah terus menerus sampai saat tiba di Masjidil Haram. Selama kita dalam keadaan ihram ini, ada beberapa larangan yang harus kita patuhi.





insya allah 6hb April nanti...saya dan keluarga akan mengerjakan ibadah umrah
doakan kami agar mendapat umrah yang mabrur serta
dipermudahkan segala urusan
Allah Hu Akhbar





Monday 21 March 2011

Pregnant lagi.....

Gembira sungguh hari ni....
suka ada...takut ada... perasaan ni bercampur-campur
suka n gembira sebab doktor dah sahkan aku mengandung
dan kandungan ku sekarang 6 minggu

takut sebab dolu aku pernah keguguran dan sangat takut kalu 
perkara itu berulang...

alhamdulillah...berkat balik Malaysia kot...hehheheh
mana tak nyer hari2 menghadap muka my hubby...kalo kat Qatar lain
sebab hubby kena ke keje...
mungkin sudah rezeki kami...alhamdulillah.

semoga kandungan ku ini selamat hingga melahirkan anak yang sihat
dan mendapat anak yg soleh....solehah...bijak...cerdik..
serta menghormati orang tua..
tak kira lelaki atau perempuan..

Jenjalan ronda2 qatar

semalam genap 2 minggu aku berada di qatar setelah menghabiskan
cuti di malaysia selama hampir sebulan

ari sabtu baru ni...my hubby ajak g ke sealine
bukan apa sekadar menghabiskan masa sebelum masuknya musim panas

memang seronok aku sebab dah lama nak main ATV n naik unta
apa lagi kesempatan yg diberi mesti dimanfaatkan

Qatar Marine Festival



Qatar Marine Festival merupakan acara tahunan bagi kalendar
Qatar...Diving is the theme
like last year Qatar Marine Festival was at Qatar Cultural Village


Sunday 13 March 2011

gempa bumi n tsunami d jepun

Dunia telah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo. Setakat yang diketahui, sekurang-kurangnya 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana terburuk tahun 2011 ini. Kesan gelombang tsunami telah merebak sehingga Hawaii dan pantai barat Amerika Syarikat. Ekonomi Jepun dan matawang yen telah jatuh secara mendadak akibat bencana ini. Dalam satu hadis nabi ada mengatakan, Telah ditunjukkan di depan batang hidung sendiri. Telah dikhabarkan sejak berabad lalu. Hari terakhir tidak akan terjadi sehingga gempa bumi akan sangat sering terjadi.(Hadis Riwayat Bukhari). Untuk kita yang hidup, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita, di mana kita sekarang dalam pencapaian amalan kita untuk akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal! Di bawah merupakan gambar-gambar bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo Jepun.
gempa tsunami jepun 1
Perumahan di Natoru, Daerah Miyagi ditelan oleh keganasan tsunami yang melanda
gempa tsunami jepun 2
Keadaan Lapangan Terbang Sendai selepas dilanda oleh tsunami setinggi 10 meter akibat gempa bumi kuat di Jepun
gempa tsunami jepun 3
Lapangan Terbang Sendai yang telah ditenggelami air selepas beberapa ketika dilanda tsunami
gempa tsunami jepun 4
Kapal terbang, kereta dan runtuhan bangunan dari Lapangan Terbang Sendai bersama-sama di permukaan air tsunami
gempa tsunami jepun 5
Dari kejauhan, rumah-rumah di Natori Tokyo menunggu giliran dihentam oleh tsunami akibat gempa bumi di Tokyo
gempa tsunami jepun 6
Selepas hentaman tsunami – Keadaan padang jarak padang terkukur kelihatan di Natori. Ini merupakan gempa bumi terburuk sejak 140 tahun
gempa tsunami jepun 7
Dua orang staf dari Reuters mengigil ketakutan di bawah meja selepas beberapa gempa bumi susulan berlaku
gempa tsunami jepun 8
Pusaran air sebelum tsunami di pantai Ibaraki selepas bandar Tokyo digegarkan oleh gempa bumi 8.9 skala Ritcher
gempa tsunami jepun 9
Bola api kelihatan di tempat penapisan minyak Ichihara selepas gempa bumi berlaku
gempa tsunami jepun 10
Pandangan udara ke atas hentaman tsunami setinggi 10 meter yang melandar bandar Iwanuma
gempa tsunami jepun 11
Bot dan van ikan terapung bersama-sama di Onahama Iwaki Daerah Fukushima semasa gelombang tsunami
gempa tsunami jepun 12
Bandar Kensensuma ranap teruk setelah dibantai oleh ombak tsunami yang mengganas selepas gempa bumi
gempa tsunami jepun 13
Kereta bertimpa-timpa antara satu sama lain setelah digegarkan oleh gempa bumi 8.9 magnitud skala Ritcher
gempa tsunami jepun 14
Malapetaka gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meranapkan banyak bandar-bandar utama di Tokyo
gempa tsunami jepun 15
Rumah-rumah yang terbakar dibawa oleh arus ganas tsunami yang begitu kuat di Jepun
gempa tsunami jepun 16
Kasihan. Ramai penduduk Jepun terperangkap dan tidak berjaya pulang ke rumah selepas perkhidmatan keretapi tergendala
gempa tsunami jepun 17
Jalan dan rumah runtuh di Sukagawa berada dalam keadaan yang amat menyedihkan selepas dilanda gempa bumi kuat
gempa tsunami jepun 18
Pertengahan jalan raya di Satte terbelah dua akibat kuatnya gegeran gempa bumi di Jepun
gempa tsunami jepun 19
Pejalan kaki melintasi runtuhan rumah dan jalanraya di Daerah Urayasu Chiba selepas gempa bumi 8.8 skala Ritcher
gempa tsunami jepun 20
Kereta-kereta cantik di Jepun ranap selepas dihempap oleh dinding yang runtuh di Bandar Mito Ibaraki
gempa tsunami jepun 21
Penduduk keluar dari runtuhan rumah selepas gegaran reda di Jepun. Angka kematian dijangka melebihi 1000 orang
TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.
“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.
Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik. Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.
“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36. Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.
“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya. Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.
Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan. Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.
Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh. Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters

Friday 11 March 2011

cuti2 malaysia

lama rasenyer xjengok blog....bukan apa sibuk bila duk malaysia....g sana g sini..
hampir sebulan duk malaysia masa berlalu rase sekejap ajer
macam tak cukup masa nak wat mende2

minggu pertama sampai sibuk ngan kenduri kawin adik iparku
11.02.2011
aku sampai KLIA jam 9.30 pagi...8hb
pas2 g pusing2 KL sekejap...g shopping Sogo...best kebetulan tengah sales 
tahun baru cina....dah la duit tgah banyak apa lagi shopping time...hehehhe

 Dua merpati sejoli

minggu kedua....g ronda2 belah utara
kebetulan mak n kakak ipar datang masa kenduri kawin adik iparku so
kami pun planning nak ke utara..melawat abangku d Kedah
kesian abangku menderita barah kelenjar sebelah kanan...

dah terlanjur duk di Kedah...kami makan angin pulak ke Pulau Langkawi
best jalan2....sedar2 duit dah nak abis
Ladang Anggur Tasik Beris, Kedah

minggu ketiga...kami balik johor plak...
duk johor best...tapi xleh lama sebab mu hubby nak g tasik kenyir plak
mengail
aku n anak2 pun tidak ketinggalan sama...ikut hubby g kenyir

dalam Houseboat menuju ke tasik kenyir

minggu keempat...dah nak balik dah...
balik umah sendiri...mengemas umah yg berselerak sebab nak bagi orang sewa...