Monday 27 August 2012

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com http://www.ukhwah.com/

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Cara kurus mudah

Assalamualaikum...selamat hari raya... adakah benar bulan ramadhan bulan menguruskan badan manakala bulan syawal bulan membina badan? hehehhe tepuk dada tanya diri anda sendiri

mungkin juga ada benarnya bila bulan ramadhan kita hanya makan berat 2kali jer...pada saya la..tapi mungkin tidak pada org lain...manakala di bulan syawal sume orang berlumba-lumba wat open house...jadi makan...makan...dan makan..

terdapat beberapa cara utk kurus dengan mudah antaranya :

Pengambilan


Pil Diet?.. dengan sebiji pil diet boleh menghancurkan lemak… mudahnya nak kurus! cara yang cepat dan mudah untuk  kurus. Memang benar pil diet dapat membakar lemak dengan berkesan dan cepat kurus tapi tidak pula memberi kebaikan tanpa meninggalkan kesan sampingan.

Kebanyakan pil diet akan menghilangkan selera makan dengan meransang terus ke bahagian otak. Pil diet memang mampu membuatkan kamu tidak lapar dan seterusnya langsung tidak menyentuh makanan dan boleh membawa ketagihan dan kesan buruk kepada kesihatan. Kadang kala pil diet memberi kesan terhadap organ dalaman yang lain dan mungkin lebih parah dalam jangkamasa yang lama. Mudah kurus mudah pula datang penyakit.. wah! cara ini kah yang patut di pilih? atau ada cara lain yang lebih mudah kurus?
  • Phentermine
Contoh menggunakan pil diet ialah sejenis pil diet yang dikenali sebagai Phentermine. Phentermine adalah sejenis pil diet yang telah diterima dan diluluskan oleh FDA sekitar tahun 1959 sebagai satu kaedah menyekat selera makan. Pil diet ini juga bertindak terus pada otak untuk menyekat selera makan seseorang. ini adalah di luluskan kepada pesakit yang mengalami obesiti di tahap yang teruk dan boleh membahayakan pesakit namun ia perlu di selaraskan bersamaprogram diet dan senaman yang berkesan. Namun begitu pil diet ini turun mempunyai kesan sampingan seperti ketagihan, meningkatkan tekanan jantung, darah tinggi, insommia dan debaran jantung.
  • Orlistat
Pil diet ini pula dinamakan Olistat satu lagi cara kurus menggunakan pil diet. Pil diet ini bertindak menyekat lemak dari di serap oleh badan. Pil diet ini mampu menyekat sehingga 30% lemak dari di serap. Caranya dengan mengambil pil diet ini setiap kali sebelum makan 3 kali sehari. Lemak-lemak akan disekat dan di hantar terus ke sistem pencernaan. Pil diet ini bukanlah begitu berkesan kerana didapati ia hanya dapat mengurangkan kira-kira 5% namun kesannya buruknya menyebabkan mereka yang mengunakan cara diet ini akan kembali gemuk apabila menghentikan pengunaannya.
  • Bontril / Phendimetrazine
Satu lagi pil diet yang sering digunakan ialah Bontril atau Phendimetrazine. Cara kurus ini juga seperti pil diet – pil diet yang lain. Cara kurus mengunakan pil diet ini ialah mengurangkan selera makan. Namun pil diet ini adalah di haramkan kerana kesan ketagihannya. Penggunaan pil diet ini dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf, ketakutan, insomnia, letih dan tekanan. Adakah cara kurus ini yang menjadi pilihan anda?

Hoodia
Pil diet ini pula bukanlah sejenis dadah. Pil diet ini digunakan untuk menangani sakit perut malah jangkitan. Ada juga yang mendakwa ia mampu menyekat selera makan. Terdapat ramuan aktif yang dikenali sebagai P57 yang ditemui didalam hoodia ini yang mampu memberikan kesan pada selera makan. Ekstrak hoodia kini boleh didapati secara semulajadi untuk menahan lapar dan mengawal selera makan. Namun begitu ada kajian dilakukan keatas tikus mendapati pengambilan pil diet dari ekstrak hoodia ini menyebabkan kerosakan hati. Aduh sukarnya nak berdiet dengan mudah. Ada cara lainkah yang lebih mudah kurus?

Liposuction
Cara ini paling mudah kini untuk mengurangkan berat badan dalam masa yang singkat. Satu insisi pantas yang mendakap diri kamu untuk menjadi vakum di panggil cannula yang dapat menyedut lemak dengan kemasnya. Lemak akan direntap dari badan bersama kapilari-kapilari darah akan di sedut keluar. Jika semuanya berjalan lancar kamu akan kurus dalam masa 6 minggu sahaja. Namun adakalanya cara kurus ini menyebabkan berlaku kekebasan, kulit berlekuk atau tidak sekata dan berparut. Cara kurus ini bukanlah begitu mudah seperti yang difikirkan. Cara kurus ini sebenarnya lebih kepada kaedah membentuk badan, jika kamu terlalu gemuk tidak boleh hanya bergantung kepada satu kaedah ini sahaja. Menyedut keluar sebilangan besar lemak boleh menyeberikan trauma pada tubuh. Tambahan pula hasil kaedah ini tidak kekal. Jika kamu kembali kepada kaedah makan yang asal lemak akan kembali berkumpul.

Pintasan Gastrik
Mengecilkan perut, mengurangkan pengambilan makanan dan mengurangkan berat badan. Cara kurus ini dilakukan oleh doktor mengetip bahagian perut kamu menjadikan perut lebih kecil. Cara ini mengurangkan kalori secara drastik dan menghilangkan berat badan dengan berkesan. Namun begitu cara kurus ini mungkin membawake pada kesan-kesan lain yang mungkin berlaku seperti kekurangan gizi kerana jumlah serapan makanan yang kurang, dan boleh menjadi punca jangkitan jika perut terbocor. Walaupun cara ini berisiko namun cara kurus ini amat berkesan dan diamalkan oleh beberapa selebriti ternama.

Diet Ekstrem

Cara kurus paling lazim dilakukan.. iaitu menolak segala karbohidrat dan hanya memakan sayur-sayuran. Satu hidangan sehari dan tiada gula atau garam dalam masakan. Semua itu mampu menyekat kalori dan menurunkan berat badan. Ia mungkin amat perit untuk dilakukan namun ia amat berkesan jika dilakukan. Di sebalik impak positifnya ada juga negatifnya mengunakan cara kurus ini.

Jika terlalu kurang kalori dalam badan, ia boleh menyebabkan keletihan dan tidak berdaya. selain itu juga kekurangan gizi boleh berlaku kerana kekurangan sesetengah sumber zat vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Diet yang keterlaluan ini juga selalunya tidak akan bertahan dalam jangka masa yang panjang dan berat badan akan bertambah semula apabila berhenti berdiet.

Sunday 26 August 2012

Perkembangan bayi anda pada usia 9 bulan

Hampir berjalan

Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).

Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)

Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.

Kasut? Belum lagi

Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.

Bermain dan belajar

Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.

Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.

Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.

Menangani pemisahan

Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.

Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.

Cuba untuk membuat perjalanan

Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.

Pemahaman bahasa

Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)

Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.

Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan mencapai tahap fizikalnya mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran ini merupakan panduan mudah untuk potensi yang boleh dicapai oleh anak anda – jika bukan sekarang, mungkin nanti.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan dapati bahawa ia akan mengambil masa yang lebih lama sebelum dia boleh melakukan perkara yang sama seperti bayi seusia dengannya. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai perkembangan bayi pramatang dari masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahirannya sewajarnya.

Sunday 12 August 2012

selamat hari raya

selamat menyambut hari raya utk semua umat islam.... :tahun ni aku tak balik malaysia utk
meraikan hari lebaran bersama ibu tersayang.... sedih memang sedih tp aku akan lagi sedih bila tinggalkan suami tercinta beraya sorang2

aku masih teringat arwah ayahku meninggalkan kami di pagi raya yg ke 4... sedih dihati hanya Allah yg tahu... betapa aku terkilan tidak dpt melihat dan memeluk abah utk kali yg terakhir... hanya al fatihah yg aku beri utk menyatakan bahawa aku sangat sayang pada abah..... huhuhuhu

sesiapa yg masih ada insan tersayang.... hargai lah selagi dia masih ada di dunia ini...

ibu maafkan anakmu ini kita tidak dapat beraya bersama tahun ni