Thursday 28 April 2011

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Bergelar Ibu

Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ,
Kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi,sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri,ambil nasi sendiri ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan.
Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami  tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.
Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, “Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi….”. Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, “You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah…”

Tu baru bab lahiriah yang dipinta.. kalau alasan tu juga dibagi waktu berkehendakan hubungan badan.. hmmmm tak tau la cek nak kata.. takut nanti ada isteri2 yang makan hati akhirnyer bila suami menyatakan keinginan utk beristeri satu lagi…:).. Senantiasalah beringat bahawa seorang suami yang menyimpan perasaan marah atau tak puashati terhadap tolakan kita… sepanjang malam kita akan dilaknati oleh malaikat… sehinggalah suami kita memaafkannya. . Kerna itu.. seboleh2nya. .jangan biarkan si suami tertidur sendirian kerna menantikan kehadiran kita menemaninya .. kalau boleh, hentikan dulu kerja2 yang dilakukan.. temani suami buat seketika utk memenuhi keperluan dirinya.. tak semua semua inginkan seks semata2.. ada yang hanya mau lena dipelukan anda atau sebaliknyer. ..
Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, “Isteri jangan lupa menjadi isteri”. Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan sayang walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain. Jangan sesekali ambil remeh perkara begini..biasernyer bagi lelaki yang sudah berumahtangga, satu cara utk dier lepaskan bebanan kepala setelah seharian bekerja.. adalah dengan menerima layanan baik dari isteri..sekalipun hanya dengan senyuman isteri dimuka pintu… tatkala itu..dihatinya pasti rasa sungguh gembira kerana ada yang menanti dan meringankan bebanan emosi nya..

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Mereka juga selalunya atau kebanyakkannyer berasa suami harus faham keadaan mereka yang senantiasa diperlukan oleh anak2..ini silap.. sekalipun berapa anak yang diperolehi.. .suami tetap merupakan “Anak Sulung”… walau sayang banyak mana pada anak pun.. suami harus senantiasa didahulukan. …;)

Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka boleh terlupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada “pendinding” akan sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya ‘Pak cik’ adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan bilamana keadaan dirinya tak tenteram…dan dikala ini apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

WANITA SOLEHAH…. 
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH
BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH 
INILAH WANITA SOLEHAH 
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA....
DIRINYA TENTERAM 
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI
SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HADAPAN SUAMI 
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA

NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH’

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA..

Bahaya PANADOL

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.

Wednesday 27 April 2011

baby

alhamdulillah baby yg kukandung ini sihat
semalam aku berjumpa doktor utk check up biasa
doktor membuat ultrasound dan sungguh amazing aku dapat 
melihat baby ku...
sungguh hebat ciptaan Allah
dalam 11 minggu sudah nampak janin dalam perutku
ada 1 kepala 2 tangan dan 2 kaki 
aku juga dapat melihat jantung baby
berdenyut

terima kasih ya Allah memberi peluang kepada hambamu ini
merasai lagi nikmat mengandung

Friday 22 April 2011

Tips-tips semasa mengandung

Tanda-tanda pregnant
* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2

Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! )

Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.


Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.

Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.


Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.

Petua orang tua2
1) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.

Nasihat Pemakanan

1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

Banyakkan :-

1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :

1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.

Tuesday 19 April 2011

Pengalaman pahit manis mengerjakan ibadah umrah dan ziarah April 2011

Alhamdulillah puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana memberi peluang kepada hambanya ini 
untuk menjadi tetamu di bumi Mekah dan Madina
Sepanjang perjalanan dan sepanjang kami di bumi mekah dan madina ini 
semuanya berjalan lancar...alhamdulillah

 Sejuk mata memandang apabila mengamati dan memandang baitullah
terima kasih Ya Allah...izinkan hambamu ini menjadi tetamuMu

Melakukan tawaf sunat seorang diri merupakan pengalaman paling berharga buatku
memandangkan hubby wat umrah kali ke 2 dan aku terpaksa berkorban utk menjaga anak
selesai hubby wat umrah...giliran aku pulak wat tawaf sunat manakala hubby jaga
anak2 di hotel
aku pergi ke Masjidil Haram seorang diri selepas waktu asar dan berhajat utk melakukan tawaf sunat
sepanjang aku bertawaf ini pelbagai perkara menarik berlaku
pusingan ke 6 aku telah termasuk ke tempat orang berasak2...alhamdulillah aku telah hampir dan dapat memegang kaabah di Rukun Yamani
pusingan ke 7 aku dapat melihat sendiri tapak kaki Nabi Ibrahim di Makam Ibrahim
tetapi aku masih meneruskan pusingan seterusnya kerana aku tidak dapat keluar dari kawasan
orang ramai bersesak2...dan sekali lagi alhamdulillah walaupun tidak dapat mencium Hajatul ASwad
tetapi aku dapat mencium kaabah....Ya Allah wangi sungguh baunya...terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang berharga ini

Selesai aku membuat tawaf sunat...aku masih lagi berada di Masjidil Haram untuk solat
magrib dan solat isyak
usai solat isyak aku pun bersegera utk pulang ke hotel sebab rasa nak terkucil dan lapar..
malang nyer aku tersesat....
hampir setengah jam aku mencari jalan keluar akhirnya aku berjumpa juga
terima kasih Ya Allah

Setelah 5 hari berada di bumi Mekah tibalah saat utk berpisah...sedih sungguh rasa hati utk berpisah dgn Baitullah...aku tanamkan azam dalam diri insya allah aku akan kembali lagi
Selamat tinggal Baitullah...kami akan ke Madinah pula

Di MAdina sekali lagi aku di uji...semasa berziarah di Masjid Quba...kami bersolat sunat dan seperti biase aku akan simpan selipar di dalam beg tapi pada hari tersebut plastik utk mengisi selipar xde
so aku tawakal aje letak kasut di luar bersama kawan2 yg lain
selesai bersolat...selipar aku telah hilang tetapi selipar kawan2 sume nya ada...
alhamdulillah....terima kasih Ya Allah

sepanjang kami berada di Madina ini cuaca agak jerebu so aku terpaksa menjaga anak2 di hotel
takut keadaan jerebu ini akan menganggu kesihatan mereka
aku tidak dapat berdoa di raudah pun kerena tidak berkesempatan dan keadaan orang yg sangat ramai

Di hadapan Masjid Quba

Di Jabal Uhud
Di hadapan Masjid Nabawi