Tuesday 9 July 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia

SEbenarnya Saya Isteri Dia buku cerita yg terbaru saya baca....al maklum lah duduk di Qatar ni mana senang nak dapat novel...

terima kasih utk adik ipar saya yg mengirim novel ini terbang ke Qatar...membaca nya memang seronok...hingga ditegur oleh hubby...berair gok mata...kena marah sebab khusuk sgt baca novel hingga tak ingat nak menyediakan makan minum dia....huhuhu



Sebenarnya, Saya Isteri Dia!Sinopsis Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia

1) Permulaan

Sinopsis drama bermula mengenai Syaf yang tidak pernah terfikir bahawa jodohnya akan bersama Firash, adik kepada kekasihnya, Farish padahal Syaf dan Farish telah pun merancang untuk ke jinjang pelamin.

2) Ditangkap Tidur Sebilik

Satu peristiwa gelap telah mengubahkan segalanya dimana Syaf, Farish dan Firash masing masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) yang merasa tertekan telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish sangat-sangat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

3) Cinta Syaf Dalam Keterpaksaan - Farish VS Firash

Bagaimana pun, Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia yang masih muda 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya. Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia.

Farish sangat kecewa dengan keputusan Syaf yang telah bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta di antara mereka. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

4) Perkahwinan Firash dan Syaf adalah rahsia

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga dan dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai terdekat yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

5) Farish Tertekan Dan Kemalangan

Farish sangat berasa tertekan dan telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

6) Firash dan Syaf bersama haluan masing-masing

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan dan perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing.

Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya telah meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

7) Isteri yang mampu berdiam diri

Syaf telah berjaya dan kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

8) Suami mula cemburu ada pihak ketiga

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang mana merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash mula berasa cemburu tak menentu.

Syaf telah mendapat makluman untuk ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Apa yang mengejutkan Syaf dalam sebenarnya saya isteri dia, apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ.

9) Suami mula mengambil berat terhadap Isteri

Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan dimana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.

10) Setiap Kegembiraan Pasti Ada Kekecewaan

Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya.

Apa yang akan dilakukan oleh Firash untuk mendapatkan Syaf? Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi Syaf sebagai isterinya yang sah?

SElamat Beribadah di bulan yg mulia

Assalamualaikum....Ya Allah lama betul tak jenggah n memblog....Seiring dengan kemalasan dan tugas2 harian yg semakin mencabar...


alhamdulillah ....insyaallah ahli baru dalam keluarga akan menyusul pada bulan november ni....sekarang kandungan baru berusia 21 minggu... dan alhamdulillah baby sihat dan ahli baru berkemungkinan baby girl...hasil dari ultrasound aritu...

sempena kedatangan bulan yg penuh barakah ni...Saya , Anie...memohon sejuta kemaafan atas segala kekurangan di atas segala info yg dikongsi sepanjang berblog ni...

10 julai 2013....tarikh kita menyambut satu ramadhan bersamaan tarikh ulangtahun pernikahan saya dan suami 9 tahun yg lalu...alhamdulillah....semoga ikatan pernikahan ini kekal abadi hingga ke jannah.. terima kasih yg tidak terhingga jua utk hubby yg sanggup mengambil saya yg serba kekurangan ni sebagai isteri... insyaallah saya buat yg terbaik sebagai isteri dan ibu kepada anak2 kita..