Tuesday 24 May 2011

Telur

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..


This week, aku ade pegi Kpg Melayu Subang.
Kami melawat premis sebuah syarikat pengedar telur ayam, telur
masin
dan telur puyuh di Kpg Melayu Subang.. Untuk makluman, depa ni
pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari "farm" dan
dijual semula kepada pelanggan-pelanggan "perniagaan" iaitu
restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Findings Apa yang menariknya?
Kami dapati senarai pelangggannya meliputi kedai makan chinese,
restoran mamak dan restoran melayu. Distribution depa menganjur
dari Sg. Buloh sampailah ke Shah Alam.

Apa yang lagi menarik?
Ya... best betul tengok beberapa ekor anjing bergelimpangan tidur
(mungkin penat kot malam tadi depa sentri jaga gudang) dicelah-celah kawanan
telur tersebut....

Kesimpulan Aku rasa loya nak makan kat kedai....kedai makanan termasuk Shah
Alam pun ade yang ambil dari pemborong ni... emmm sedapnya sehingga
menjilat siku....Orang boleh kata, la... bila kita makan roti telur ke, lauk telur
ke, kan telur tu tak payah sembelih...lagipun mana nampak najis? Tak nampak PONNNNN
!!!! So, apa ada hal!

Penutup
Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh)
Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing... emmm..goreng pon sodap!

Kawan aku merangkap jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut
la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini
anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek
oi.....Masalahnya,aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana
hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang
dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak
makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan
terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...
disebabkan yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di
pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.
Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI
MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK
UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP
HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL "LOGO" HALAL..... KALAU
YANG BUAT MAKANAN BUKAN
ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

1 comment: