Tuesday 15 May 2012

Vacation at Dubai

Assalamualaikum....
alhamdulillah perancangan utk bercuti ke Dubai akhirnya terlaksana
percutian yang singkat 4 hari 3 malam tetapi penuh dgn kenangan suka dan manis utk diingati
terima kasih kepada my hubby yg bersusah payah memandu sejauh lebih kurang 1000km yang mengambil masa 12jam perjalanan dgn menaiki Hummer H3





Kami memulakan perjalanan selepas solat subuh seawal 3.50 pagi...
sampai di border QAtar di Bu Samra jam 6 pagi..
tiada masalah utk keluar dari border Qatar ...dan selepas itu masuk pulak border Arab Saudi
dan di sini mengambil masa selama 1 jam...ini kerana tabiat orang arab yg tidak tahu beratur...
kesian my hubby sbb org arab asik potong line jer...
my turn plak kena amik finger print tidak la memgambil masa yg lama...alhamdulillah
selesai di border...kami menuju pula ke UAE...
utk sampai ke border utk keluar dr Arab Saudi  dan masuk pula ke UAE mengambil masa lebih kurang 2 jam....selesai di situ...kami menuju pula ke Abu Dhabi..
dari Abu Dhabi utk ke Dubai mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah kira-kira 300 km
dan kami smp di dubai jam 3 ptg...

terdapat perbezaan masa antara Qatar n UAE iaitu selama 1 jam
mata wang juga berbeza...antara Qatar Riyal dgn AED Dirham

malam pertama pergi ke Burj Al Arab
kami hanya dibenarkan mengambil gambar dr luar shj...
ini kerana utk msk ke dlm perlu membuat reservation dolu


hari kedua...kami kuar seawal 8 pagi...menuju ke lokasi seterusnya


kami pergi ke dragon mart...hubby kata kat situ sume barang made in china...
memang betul pun....punya la beso tempatnya...penat sungguh 
berjalan...mujur dpt apa yg nak dicari....handbag la apalagi

malam pula kami ke Mall Of Emirate
kat sini sume kedai yg mahal2...so window shopping jer
nak main kat ski dubai pun rasa x berbaloi...anak ada 3...yg kecik sapa nak jaga..
kalo sume nak masuk...hehhehhe 
so bergambo jer la
 

hari ketiga...hubby tukar tayar kete...alhamdulillah dpt murah dan separuh dari harga yg ditawar
di Qatar...satu tayar cuma AED 625 dan kedai memberi AED 2500 utk 4 tayar termasuk balancing

selepas itu lokasi seterusnya
Dubai Mall


Dubai Aquarium and Underwater Zoo


hari ke empat balik Qatar tp singgah Ferrari World Abu Dhabi


alhamdulillah perjalanan balik dipermudahkan Allah...check out dr hotel jam 10.30
ronda2 abu dhabi ...sampai Al-khor jam 7.30 mlm..

1 comment:

  1. WOW it is so great to visit Dubai and enjoy such things. Al Raha Beach is one of the best thing in Dubai. I have experienced it only once, but it was awesome.

    ReplyDelete