Tuesday 21 June 2011

1+1=1

“Kalau aku kata aku menyukai kamu macam mana?” suara lelaki berkaca mata itu masih terngiang di telingaku. Aku tidak tahu ingin memberikan reaksi bagaimana kepada pertanyaan itu. Hatiku sudah mati untuk perkataan cinta itu. Mudah melafazkan tapi tidak mudah menjaganya apalagi melaksanakannya. Cinta bukan hanya sekadar kata-kata cinta datang dengan komitmen, kesungguhan, kesanggupan, emosi, perasaan, belaian dan kesetiaan. Kalau cinta sekadar memiliki lebih baik sendiri.
“Suria kamu fikir apa lagi ni? Dari tadi muka kamu berkerut je” Mel membulatkan comelnya memandangku.
“Tiada apa Mel, masalah hati memang tak pernah selesai,” aku tersenyum padanya. Ya, Mel memang cukup setia denganku selalu ada apabila diperlukan.
“Mel, kau suka lelaki macam mana ye?”
“Aku suka lelaki yang cerah, pakai cermin mata, tinggi….” Mel tersenyum-senyum senang menuturkan semua itu..”Tapi Suria semua itu tak mungkin aku dapat kan? Jodoh ditangan Tuhan. Aku boleh menetapkan syarat dan ciri-cirinya tapi itu semua menurut aku saja. Aku tidak akan dapat melawan ketentuan dan rancangan Allah untuk aku.”
“Ya, betul aku juga pernah bermimpi inginkan seseorang yang begini dan akhirnya dapat yang begitu pula. Lama kelamaan aku sudah tidak peduli siapa yang hadir di depanku yang penting dia mampu membuat jantungku berdebar..Macam lagu tu..Setiap ada kamu, mengapa jantung ini berdegup lebih kencang, bagai genderang mahu perang..hehehe..”
“Arg, kamu memang ada-ada saja ye..Macam mana lelaki berkaca mata itu, sudah kamu jawap luahan hatinya?”
“Macam mana kamu tau tetang itu Mel? Aku tak pernah pun cakap benda ni dengan kamu?”
“Aku sudah kenal kamu lama Suria. Tak payah cakap, aku boleh membaca hatimu..Lagipun senang melihat perubahanmu. Bila kau semakin gembira atau banyak cakap memang ada sesuatu yang tak kena denganmu.”
“Aku menyukainya Mel. Tapi aku takut kejadian sama berulang lagi. Kau tahukan? Hati aku telah lama kosong, aku biasa sendiri. Nanti bila ada dia, aku takut tak boleh sendiri. Cinta bukan sekadar mengisytiharkannya, tapi saling menjaga mengambil berat..Entahlah Mel.”
********
“Suria macam mana? Kamu sudah buat keputusan?” lelaki berkaca mata itu memotong bicaraku ketika aku cuba menanyakan beberapa hal kepadanya.
“Boleh kita berkawan saja? Aku risau kau tak akan layan aku begini lagi bila kau sudah memiliki aku.”
“Aku janji aku akan melayankau sebaik mungkin dan aku akan selalu ada bila kau memerlukan ku.” suara lelaki itu bergitu bersungguh-sungguh kedengaran di hujung sana..Jarak memisahkan kami, hanya telefon saja dapat merapatkan hubungan kami..
“Aku tak tau..Aku tak percaya dengan janji..Hatiku sudah muak dengan janji. Aku inginkan kepastian, jaminan dan bukan sekadar perkataan”
“Apa kata kita cuba dulu sama-sama. Aku tak paksa, kalau memang kita boleh, kita teruskan hubungan kita lebih serius. Buat masa ni kita sama-sama berusaha ye,” lelaki berkaca mata itu terus menerus meyakinkan aku. Aku tidak berdaya menolak dan untuk sekian kalinya kau percaya dengan perkataan “cuba dulu”. Tapi ketahuilah LELAKI apabila aku sudah mengatakan “ya” aku tidak mungkin menariknya kembali. Aku ingin menjayakan perkataan “ya” itu, kerana bagiku “ya” merupakan perjanjian seperti menandatangani kontrak hati..Argh, perlukah aku beri “ya” itu?
*******
Sudah berbulan semenjak kejadian itu berlalu..Kalau dulu lelaki berkaca mata itu sanggup menemaniku ketika aku resah dan bermasalah, sekarang dia sudah jarang berbicara denganku. Dia hanya datang kepadaku apabila dia gembira atau sesuatu yang perlu dikatakan kepadaku. Jika dulu aku gembira dengannya, sekarang semakin hari hatiku semakin mengecil. Hampir menjadi kosong. Aku rindu kemesraan kami dahulu, bercerita tentang apa sahaja dan bergurau senda bersama-sama. Sekarang aku rasa dia seakan-akan tidak memerlukan aku, dia datang dan pergi sesuka hatinya yang tinggal hanya aku.. Adakah aku salah memberikan “ya” itu..Namun, aku tahu aku mencintainya..Sampai bilakah dia paham aku sepi tanpanya??
Aku melihat telefon bimbitku, masih tiada sebarang pesanan daripadanya. Dia tidak pernah meninggalkan pesanan untukku, tidak juga cuba memberitahuku apa yang dilakukan olehnya. Aku menjadi resah dan selalu hidup dalam tanda tanya. Kadang kala aku tertekan dengan perlakuannya, adakah aku diperlukan dalam hidupnya. Sepertinya dia sudah lengkap walau tanpa kehadiranku di sisinya. Cuma sekali sekala saja dia menghubungiku, apabila dia rasa aku semakin senyap. Argh, kelapaku berdenyut-denyut, aku cuba menahan sakitnya. Sudah seminggu aku begitu dan setiap kali sakit hanya Mel dan tahan sakit menemaniku. Ada juga sekali dua aku tinggalkan pesanan kepada lelaki itu, tapi dia terlalu sibuk..Aku tak ingin mengganggunya..Aku ingin dia selalu tenang, jika hanya itu yang mampu aku lakukan untuknya buat masa ini.
“Suria, kenapa kau tak pergi hospital je? sakit kepala kau ni teruk juga. Mana ada orang terus menerus sakit kepala macam ni,” Mel yang telah lama berdiam diri meluahkan perasaannya.
“Tak apa Mel, aku sihat..Cuma sakit kepala sikit je, aku dah pergi hospital hari tu, dorang dah bagi ubat pun. Inilah ubat yang aku makan ni,” aku memegang tangan Mel lembut. Mataku terpejam perlahan-lahan. Dalam hatiku masih resah, aku sangat merinduinya. Tahukah dia aku sakit. Tahukah dia hatiku “sakit” tanpanya..Mataku airnya terpejam rapat dengan tidak semena-mena setitik air mataku mengalir. Sayup-sayup aku terdengar suara Mel memanggil-manggil namaku…

**********
“Shida dari pagi tadi Suria tak keluar, Mel pun sama. Biasa masa-masa macam ni dorang mesti lepak-lepak di Taman. Kau tau Suria kat mana? Aku risau juga ni, telefon dan mesej pun tak angkat”
“Kalau dia tak keluar mungkin dia kat dalam bilik kot? Semalam dia mengadu sakit kepala, pastu makan ubat dan masuk bilik. Mari kita check bilik dia”
Shida dan Zura bergegas ke bilik Suria. Sesampainya di sana Suria kelihatan sedang tidur nyenyak. Mel berada di atasnya dadanya macam selalu. Mel memang macam tu sayang sangat dengan Suria.
“Mel, mari sini jangan kacau Suria dia penat tu,” Zura cuba mengambil Mel. Tapi Mel berkeras ingin berada di tepi Suria. Mel mengiau beberapa kali seperti ingin mengatakan sesuatu. Semakin Shida dan Zura mendekat Mel mengiau semakin galak.
“Zura kau rasa Mel nak bagitau apa-apa tak? Dia macam tak nak lari je dari Suria ke ada apa-apa jadi kat Suria?” Zura mendekati Suria yang terbaring di atas katil, wajahnya sedikit pucat tetapi seperti sedang tersenyum..Zura perlahan-lahan mengejutkan Suria tetapi tiada sebarang reaksi. Shida juga cuba mengejutkan Suria, tetapi dia tetap tidak berkutik..
“Suria..Suria…Kau jangan takutkan kami..Suria bangun…Bangun…” Shida memanggil-manggil nama Suria berselang seli dengan Zura..Mel juga tidak berhenti-henti mengiau, suaranya semakin sayu..
“Shida…..Aku rasa dia dah tak ada….Su…Suria…dah tak ada Shida…..” suara Zura tersekat-sekat menahan tangis. Zura memeriksa nadi dan nafas Suria dan dia sudah tidak bernafas lagi..Suasana sayu menyelubungi bilik itu..Shida cuba menahan tangis dan memeluk Mel sayu..Mel seperti tahu apa yang berlaku hanya mampu mengiau lemah..Zura memegang tangan Suria dan secara tidak sengaja terlihat sepucuk surat di tangan Suria…
********
Salam Sahabatku,
Maafkan aku kerana tidak memberitahu kalian tentang sakitku..Aku sudah lama menderitai sakit ini dan kalian sudah pasti tahu kan? Barah otak tidak ada penawarnya..Aku pun tidak menjangka semua ini terjadi, aku hanya menyedari sakit kepalaku adalah barah beberapa bulan lalu..dan itu sudah terlambat, sakitku sudah di tahap kritikal…
Sahabat serumahku, maafkan aku jika aku telah menyakiti hati kalian..Halalkan makan minumku dan segala-gala yang telah kalian berikan kepadaku…Aku pergi dulu…Aku doakan kalian bahagia dunia dan akhirat.. Tolong sampaikan diari merah ini kepada lelaki berkaca mata yang selalu kamu lihat bersamaku dulu, dan tolong serahkan Mel kepadanya..Katakan kepadanya aku memohon maaf kerana tidak dapat menemaninya lagi…
Matahari Senja,
Suria..
Zura dan Shida terkedu membaca surat Suria..Suria tidak pernah merungut apabila sakit..Dia menyimpan segala rahsianya di hati..Hanya Mel yang selalu menemaninya hingga saat terakhir dia menghembuskan nafas..Suria, kenapa kau berdiam diri selama ini? kenapa kau tidak pernah berkongsi kesakitanmu?
*********
Sudah beberapa hari Suria tak mesej atau pun telefon aku..Dia merajuk ke? Suria kalau merajuk memang begitu, takkan mesej atau telefon..Lelaki itu tersenyum sambil membetulkan kaca matanya..Rindu pula mendengar suaranya, sudah dua tiga kali aku cuba menghubunginya tetapi tiada jawapan..Argh, marah benar dia dengan aku..Maafkan aku matahariku, aku sangat sibuk..Aku tidak tau membahagikan masa, apalagi aku tidak tahu bagaimana caranya melayan seorang wanita..Lelaki itu mengeluh lagi..Tiba-tiba pintu biliknya diketuk seseorang…
“Ini ada bungkusan untuk kamu..Baru sampai tadi,” kata rakan serumahnya.
“Oh, terima kasih Lim.” aku mengambil bungusan itu lalu membukanya perlahan-lahan..Diari? Di muka surat pertama diari itu ada sepucuk surat yang tertulis namanya..
Salam….
Menemui lelaki berkaca mataku yang dikasihi..(hehehe)..Maafkan Suria jika kehadiran warkah ini mengganggu ketenanganmu..Sejak dua menjak ni Suria sakit kepala, tak tau kenapa..Suria cuba menghubungi awak tapi awak selalu sibuk, jadi Suria tak sampai hati mengadu sakit..Suria mahu awak selalu tenang dapat menyiapkan semua kerja yang terbengkalai tu..
Awak….Suria sangat sayangkan awak…Suria sangat sunyi sejak awak tiada…Suria terasa sangat kehilangan awak..Cuma Mel saja yang selalu baik menemani saya..Mel rindukan awak juga…Mmmm…Awak, jika awak dapat surat ni mungkin Suria sudah tiada lagi di dunia ini..Sakit kepala yang selalu menghantui Suria tu rupa-rupanya bukan sakit kepala biasa..Suria disahkan menghidap barah peringkat akhir ada masa beberapa bulan saja untuk hidup..Sebab itulah Suria tak ingin menerima kehadiran awak dalam hidup..Tapi Suria juga ingin merasai nikmat kasih sayang, memiliki seseorang yang kisah tentang Suria..
Namun, Suria tidak sempat merasai semua itu..Suria terpaksa membelakangkan keinginan Suria demi untuk awak fokus dengan kerja..Tapi Suria tidak pernah menyesal..Suria cuma berharap awak sedar, yang Suria bukan sekadar lambang pemilikan seorang lelaki..Suria mahu awak tahu, wanita perlukan perhatian dan belaian..Suatu hari apabila kamu menemui seorang perempuan yang kamu cintai, jangan pernah abaikan dia dan menganggap dia paham tentang segalanya…Luangkan masa untuknya walau seminit dalam hidup sibukmu kerana dia pasti akan menghargainya…
Lelaki berkaca mata yang aku sayangi..Jangan selalu menutup hatimu..Apabila kau sedih kau selalu bersembunyi daripadaku, itu hanya membuat aku berasa ada sempadan di antara aku dan kamu….Argh, terlalu banyak ingin aku katakan kepadamu..Namun, sakit kepalaku datang lagi..Aku perlu tidur lagi..tinggal dulu kekasihku…Aku hadiahkan DIARI HATIKU ini untukmu..Sekembalinya nanti ke tanah air, tolong jaga Mel baik-baik ye..Hanya dia lambang kasih kita…Mel hadiah paling indah yang pernah awak beri untuk Suria…
Salam sayang dariku….

“Suria, Mataharimu”

Lelaki berkaca mata itu terduduk selepas membaca warkah bisu itu..Suria, maafkan aku tidak memahami dirimu…Aku fikir dengan memilikimu itu sudah cukup…Aku fikir dengan mencanangkan pada semua kau milikku itu sudah membahagiakanmu…Ternyata kau hanya ingin berbicara denganku..Ternyata kau terlalu sunyi tanpa diriku, dan kau simpan segalanya demi diriku..Suria…Gelap duniaku tanpamu..Beberapa titis air mata lelakinya akhirnya tumpah jua..Dia menyesal kerana meremehkan luahan hati Suria…Andai masa boleh diundur, aku rela memujukmu apabila kau marah, aku akan menemanimu ketika kau menangis dan sakit…Aku akan melakukan apa sahaja asalkan kau bahagia..Suria…Jangan pergi……………….Aku membuka muka surat pertama diari itu perlahan-lahan….
Aku ada kamu, namun sepertinya aku hanya ada diriku…Aku ada kamu, tetapi aku hanya berbicara dengan diriku..Kamu ada aku, tetapi kau tidak pernah menyandarkan harapanmu padaku..Kamu ada aku, tetapi keresahanmu tersimpan kejap dikalbumu…Aku ada kamu, tetapi kau tidak hadir ketika aku perlu…Kamu ada aku, tetapi aku seolah-olah tidak wujud dalam hidupmu…Aku ada kamu, dan aku biarkan ia tetap begitu kerana aku sangat mencintaimu..Kerana tiada kesal dalam hatiku, setelah “ya” itu milikmu…

No comments:

Post a Comment