Tuesday 21 June 2011

Aku Kekasih Gelapmu

“Helo, tolong jangan ganggu anak mak cik lagi. Anak mak cik masih belajar, mak cik tak suka kamu bercinta-cinta. Masing-masing masih muda lagi kan? Tolonglah, mak cik tak nak dengar lagi pasal kamu berdua. Jangan ganggu dia lagi..Pelajaran dia banyak merosot sebab kamu bercinta-cinta ni. Mak cik bagi amaran kalau kamu teruskan juga mak cik hubungi keluarga kamu!!”

Klik, talian dihujung sana dimatikan. Aku terkedu dan tak tahu bagaimana untuk ingin menanggapi panggilan itu. Bukan aku yang menggoda Adam. Bukan aku yang memulakan hubungan ini. Juga bukan salah aku pelajaran Adam merosot, aku mengenalinya bersama dengan masalah keluarganya, masalah personalitinya dan masalah emosinya. Aku mendekatinya hanya kerana aku ingin membantunnya. Kenapa aku dituduh begini rupa? Mengapa aku dianggap merosakan dirinya. Aku baru beberapa bulan menjalinkan hubungan dengannya. Itupun setelah dia bersungguh-sungguh memujukku..

Beberapa ketika kemudian telefonku berdering lagi. Aku teragak-agak untuk mengangkatnya, manalah tahu “Mak cik” itu menghubungi aku semula. Aku melihat nama Adam terpampang di skrin telefon bimbitku. Perlahan-lahan aku mengangkatnya. Entah kenapa perasaanku jadi sangat sayu dan semangatku hilang entah ke mana.
“Helo, mmm Pelangi,” suara Adam kedengaran gusar di hujung sana. Sepertinya Adam juga kehilangan semangatnya.

“Ya..” jawabku pendek.

“Maafkan aku ye. Tadi mak periksa handphone masa aku keluar. Aku tak sengaja tertinggal handphone di ruang tamu. Maafkan aku, kau kena dengar kemarahan mak aku. Dia cuma kecewa dengan gred aku sem ni. Jangan ambil hati ye…Tolonglah,” ada getaran pada suara Adam. Mungkin dia serba salah dan sedih dengan apa yang berlaku. Terus terang, aku sangat-sangat terpukul dengan panggilan itu, air mataku ingin mengalir tetapi aku tahan sekuat hati kerana itu bukan salahku..

“Adam, bukan salahku kan semua ni? Aku baru mengenali kau, tak mungkin aku jadi penyebab kegagalanmu. Tapi aku sangat terasa dengan kata-kata ibumu. Seolah-olah aku perempuan jahat. Adam, aku rasa baik kita berpisah saja. Aku tidak mungkin ingin membina kebahagian atas ketidakredhaan ibumu,” tiba-tiba terkeluar dari mulutku untuk mengakhiri semua ini.

“Tidak Pelangi. Kalau kau pergi aku akan menjadi lebih teruk. Kau tahu kan, aku sangat-sangat perlukan seseorang sekarang. Aku tak mampu menghadapi semua ini sendiri. Aku perlukan kau. Jangan tinggalkan aku…”
“Maafkan aku Adam, aku tak tahu harus bagaimana. Aku ingin terus kekal bersamamu. Tapi, aku faham hati seorang ibu. Aku tak ingin jadi perempuan jahat. Aku pergi saja Adam..Relakan aku..” aku membulatkan tekad untuk memutuskan hubungan yang baru kami bina. Hubungan yang berusia dua tiga bulan, tidak pun sampai setahun jagung.

“Jangan Pelangi..Jangan tinggalkan aku. Kau mau lihat aku hancur ke? Aku akan bertambah teruk nanti. Mak tak faham apa aku rasa. Mak tak tahu aku terseksa dengan keadaan keluarga kami yang berantakan sekarang. Aku perlukan sokongan Pelangi.” Adam terus menerus merayuku.

“Kita masih boleh jadi kawan kan? Tiada apapun yang berubah. Cuma nama hubungan kita saja yang berbeza.”
“Tidak, tidak akan sama. Kau akan pergi dariku lambat laun. Tolong tetap denganku. Aku akan merayu pada ibu. Setidak-tidaknya kita sembunyikan hubungan kita buat masa ini. Tolong Pelangi. Percayalah padaku.”
“Tengoklah dulu. Aku nak keluar dulu, tenangkan fikiran. Kita bincang tentang ni nanti,” aku mengakhiri perbualan kami dengan pelbagai tanda tanya. Jujurnya aku mula menyayangi hubungan kami. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat sekarang.

Aku berjalan di Pekan Setia tanpa arah tujuan, jika aku sekeping kertas aku sudah melayang ke kiri ke kanan ditiup angin. Langkahku tidak gagah, malah jika dikuis sedikit pun aku boleh jatuh. Panggilan Emak Adam memang sangat mengganggu emosiku. Aku rasa ingin muntah dan pitam kerana tertekan..Tiba-tiba duniaku seakan-akan gelap..

*********
Hari berlalu dengan pantas..Kini telah bertahun-tahun peristiwa itu berlaku. Aku masih tetap setia menjadi pembantu dan penyokong Adam. Selama beberapa tahun ini juga hubungan aku dengan Adam berlangsung secara sembunyi-sembunyi dibelakang ibunya. Pernah juga hubungan kami hampir diketahui oleh ibunya, tapi masih juga Adam dapat mempertahankan cinta kami. Semakin lama cintaku untuk Adam semakin menggunung. Namun, semakin lama aku juga semakin ingin agar perhubungan kami ini bukan  sekadar bersembunyi-sembunyi seperti sekarang.

Aku berasa seperti kekasih gelapnya, yang tidak boleh ditunjukkan kepada orang ramai, yang tidak boleh di bawa ke tempat-tempat awam dan yang paling penting mesti disembunyikan jauh dari padanganan ibunya. Jadi apa bezanya aku dengan perempuan sipanan? Bezanya aku bukan perempuan yang disimpan oleh lelaki-lelaki yang ‘berkenaan’ tetapi aku disimpan untuk menjadi kekasih yang tidak kelihatan. Kadang-kadang aku bertanya. Apa statusku dengannya? dan sampai bila aku harus hidup dalam ketakutan begini? Mengapa dia tidak cuba memperkenalkan aku dengan ibunya seperti kawan-kawan perempuan yang lain. Hanya sebagai kawan.. sedangkan aku, aku berani mengakuinya sebagai kekasihku walau kepada sesiapapun..Sering kali juga aku bertanya hal itu padanya, namun hanya kehampaan yang aku perolehi..

“Adam, bila kau nak perkenalkan aku dengan mak?” tanyaku padanya suatu hari. Entah yang ke berapa puluh kali aku tanyakan soalan ini.

“Nantilah, belum masanya lagi.” Jawab Adam selamba.

“Kenapa tak bawa aku pergi sama-sama dengan kawan perempuan yang lain? Kan lagi selamat. Sekadar tunjuk muka, bukan aku nak kau cakap akugirlfriend kau ke apa…”

“Pelangi, nanti saja ok! Nanti aku fikirkan jalan. Tolong bersabar..” dan kata-kata itu lagi yang keluar dari mulutnya. selama bertahun-tahun aku mendengar alasan yang sama. Aku tertanya-tanya, di manakah kesungguhan Adam. Sedangkan dahulu cinta ini yang dia pertahankan, namun sampai sekarang kami masih dibelenggu ketakutan. Aku tidak minta lebih, aku hanya ingin diperkenalkan pada ibunya, supaya kami tidak perlu keluar sembunyi-sembunyi lagi..Aku tidak minta lebih, aku faham situasi Adam..Tetapi kenapa dia tidak boleh perkenalkan aku, seperti Adam perkenalkan Karmila atau Zetty pada ibunya…Kenapa? Aku rasa sangat terpinggir kini….

*********
Suatu hari yang lain, kami berjalan-jalan di kompleks membeli-belah. Tiba-tiba kami terjumpa kawan sekerja Adam.
“Hai, Adam nak pergi mana?” soal kawan lelaki Adam.

“Oh, Halim. Tak pergi mana. Jalan-jalan, makan angin je,” jawap Adam aku berdiri di belakang Adam tersenyum kepada Halim.

“Mmm, siapa Dam? Girlfriend ye?” tanya Halim lagi ingin tahu.

“Ah, bukan. Kawan je..”

“Biar betul ni? ingatkan GF td…”

“Tak, bukanlah. Kawan je..Betul ni,” balas Adam sambil tersenyum. Entah apa tujuan ada berkata begitu. Adakah dia sekadar bergurau atau dia bersungguh-sungguh. Mungkin dia malu mengaku aku kekasihnya. Merah padam juga mukaku, bila Adam berkata begitu. Aku hanya mampu menahan diri.

Hari yang lain, masa kali keluar pula kami hampir bertembung dengan ibu Adam yang pergi membeli-belah di tempat yang sama. Nasib baik Adam tergerak hati untuk menelefon ibunya. Kalau tidak, bayangkanlah apa akan terjadi. Peranglah nampaknya. Selepas mengetahui ibunya berada di tempat yang sama, Adam meminta aku jalan di hadapan beberapa meter dan dia mengikutku dari belakang. semua ini dia lakukan untuk mengelak dari terserempak dengan ibunya dan dilihat sedang berdua-duaan..Air muka Adam juga segera berubah dan kelihatan serius. Aku sangat takut melihatnya. Walaupun aku tidak selesa dengan keadaan itu aku tetap juga melakukannya demi kebaikan Adam. Aku tidak ingin dia bergaduh dengan ibunya.

*********
Hari demi hari, hubungan kami makin hambar. Namun, masih juga dapat kami pertahankan sehingga setahun dari kejadian itu. Tapi hidupku makin sunyi, hatiku semakin mengecil lantaran dirinya sudah jauh berbeza berbanding dulu. Tiada lagi kata-kata cinta, tiada lagi pesanan-pesanan mesra risaukan diriku, juga tiada lagi panggilan-panggilan rindu darinya, yang ada cuma aku ternant-nanti kehadirannya, atau yang ada cuma aku terhegeh-hegeh menghubunginya…Kadang-kala aku tertanya-tanya, masihkah dia mencintaiku? Masihkah dia sayang pada hubungan ini? Aku tiada jawapan untuk semua itu..yang ada di hatiku hanyalah sepi..

Suatu hari, aku sangat-sangat tertekan kerana sudah dua tiga hari dia tidak menghubungiku. Dia langsung tak menghantar hatta satu pesanan pun kepadaku. Aku seperti cacing kepanasan keresahan dan tertanya-tanya apa yang terjadi padanya. Sihatkah dia? Sakitkah? Dia tak apa-apakah? Namun. Adam terus membisu. Disebabkan tidak tahan dan perasaan ingin tahu yang membuak-buak aku menghantar pesanan yang agak emosi kepada Adam…

Salam,

Maaflah jika mesej ini mengganggu ketenangan Adam. Pelangi tak bermaksud apa-apa, cuma sangat risau Adam senyap je dua tiga hari ni.. Pelangi minta maaf kalau ada buat apa-apa salah pada Adam, Pelangi tak bermaksud begitu..Pelangi sangat sayangkan Adam dan risau sangat2 sebab Adam terus menerus diam begini…Apa yang terjadi Adam? Jangan buat Pelangi begini..Pelangi sangat sedih…Adam tak pernah buat macam ni..Sejak akhir-akhir ni Adam sudah makin jauh dengan Pelangi..Seolah-olah Adam tidak perlukan Pelangi lagi…Adam juga semakin sibuk mesej atau call Pelangi pun sudah jarang..Apalagi berjumpa dengan Pelangi..Sudah 6 bulan Adam tak jumpa Pelangi….

Tolonglah Adam…Apapun yang terjadi tolong beritahu Pelangi..Jangan biar Pelangi terus menerus gelisah macam ni…Apapun yang terjadi Pelangi tunggu Adam……Pelangi sangat sayangkan Adam…

Beberapa minit selepas menghanntar pesanan itu Adam membalas pesananku…Pendek saja kata-katanya…

Maaf Pelangi…Adam sibuk sikit, baru pindah rumah..tak sempat nak mesej..

Ada perasaan lega di hatiku Adam tidak apa-apa, tapi dalam masa yang sama aku juga berkecil hati kenapa dia harus berdiam diri begitu… Kalau aku penting baginya sesibuk mana pun, dia mesti ada waktu untukku..Bila benda itu tidak penting untuk kita, kita tidak akan menghadirkan waktu untuknya….

Oh…Mmm, Adam pindah rumah pun tak bagitau.. Sampai hati Adam..mmm

Stop it Pelangi!! Jangan mula lagi… Adam penat k.. Banyak benda nak buat.. Bukannya saja-saja enjoy atau cari perempuan lain…

Merah padam mukaku menahan malu dan marah…Sampai hati Adam berkata begitu…Selama ini dia tak pernah berkasar denganku…Aku menghempaskan telefonku di atas katil..Aku biarkan mesej itu tidak berjawab walaupun terlalu banyak yang ingin aku katakan kepadanya…ADAM…..ADAM……..ADAM…. hati sayuku, memanggil-manggil namanya dan tanpa ku sedar air mataku jatuh berderai jua..Entah bila aku terlena dengan titisan air mata yang masih tersisa…Sungguh hati ini terseksa…

Jam menunjukkan 12.30 malam sewaktu aku tersedar dari tidur disebabkan telefon bimbitku berbunyi…Argh, lama aku terlena..Perasaanku sedikit tenang selepas tidur…Aku menarik nafas panjang, apa akan berlaku selepas ini..Ya Allah, tabahkanlah hambamu ini…Aku mencapai telefonku dan membaca pesanan yang tertera di skrin tersebut…
Maafkan aku Pelangi..Aku tak sengaja buat kau terluka…Mak membebel lagi tentang hubungan kita…Aku sangat tertekan dan tak tahu ingin bagaimana..Aku sangat sayangkan kau…Tapi aku juga sayangkan mak…Aku tersepit Pelangi…Mak tak dapat terima perbezaan kita..Apalagi setelah apa yang berlaku disekelilingnya, mak tak merestui hubungan ini..Pelangi…Aku relakan kau pergi…Aku sudah tidak tahan dengan semua ini, aku boleh jadi gila macam ni…Kita berpisah saja Pelangi…Maafkan aku…

Aku terkedu dan terdiam membaca mesej Adam….Air mataku tiba-tiba mengalir laju..Tak tertahan-tahankan lagi…Aku tak menjangka semua ini terjadi…Sungguh selama ini kami bahagia..Walau pun aku disembunyikan seperti kekasih gelapnya…

Mengapa baru sekarang kau katakan ini Adam? Mengapa masa mula-mula dulu aku ingin pergi kau tahan..Kau katakan perbezaan kita hanya sekadar angka semata-mata…Tapi kenapa semua ni kembali pada aku…Aku sangat terluka Adam…Kenapa dari dulu tak kau kenalkan aku dengan ibumu…Sekadar kawan, agar dia tidak menilai berdasarkan angka dan sebuah nama semata-mata…Aku akan mengaku kala jika setelah kita lakukan semua itu, keputusannya masih tetap sama…Aku benci kau Adam!! Kau mengalah sebelum perang…Atau ini hanya alasanmu..atau kau sudah ada pengganti yang lain….Sia-sia saja aku pertahankan semuanya selama ini..Aku tak minta kau derhaka…Aku cuma minta peluang bertemu dengannya…Itupun kau tidak mampu berikan padaku…

****

Katakanlah semahumu Pelangi..Aku sudah tidak kuat menanggung semua ini…Kau pergilah..Cari saja penggantiku yang lain….Kita masih kekal sebagai kawan..Tapi aku sudah tidak boleh menjadi kekasihmu…

****


Senangnya kau berkata begitu Adam…Setelah aku hapuskan jejak mana-mana lelaki dari menghampiri hatiku..Teganya kau menyuruh aku berpaling pada yang lain…Cinta kita bukan aku bina dalam masa sehari..Tidak mungkin senang-senang boleh ditukar ganti….Tolong jangan tinggalkan Pelangi, Adam…Kita masih boleh berusaha Adam…


Air mataku semakin deras mengalir…Luka di hatiku hanya Tuhan yang tahu..Aku juga tidak pernah merayu sebelum ini..Pertama kali aku merayu agar dia tidak pergi dariku….
Maaf Pelangi…Aku sudah tidak mampu……

Hanya itu kata-kata terakhir Adam kepadaku, dan akhirnya dia berlalu meninggalkanku..Aku cuba menghubunginya namun dia tidak pernah menjawab..Aku menghantar lagi pesanan kepadanya, hasilnya tetap hampa..Hatiku benar-benar terhiris…Aku cuba memujuk hatiku untuk menerima semua ini..Supaya bersabar..Tapi hatiku masih juga tidak ingin menerima hakikat itu..Aku menjadi semakin kurus kerana tidak lalu makan…Kadang kala aku berjalan tanpa halu tuju untuk menghiburkan hatiku..Sehinggalah suatu hari aku terserempak dengan suatu yang tak patut aku lihat..

Aku lihat Adam sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan..Sangat mesra, sambil bergurau senda..Tiba-tiba air mataku menitis lagi..Tak sampai sebulan Adam sudah ada penggantiku…Apakah benar ibunya tidak menyukai aku..Atau dia sudah tidak menginginkanku setelah hadirnya perempuan itu…..Tiba-tiba, duniaku menjadi gelap…dan aku terjatuh di situ jua….

******
“Ya, Allah…Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui takdir hidupku..Andai lelaki ini bukan milikku hadiahkanlah aku seorang lelaki yang mencintai-MU lebih daripada diriku..Agar dengan itu, hati ini lebih redha dan mencintai diri-Mu jua…Ya Allah, sesungguhnya sujud ini, syukur ini, hati ini dan diri ini hanyalah milik-MU…Berikanlah sesuatu yang hak bagiku…..kerana aku sangat-sangat menyayangi-MU”

Sekujur tubuhku menggigil menahan rasa, meluahkan perasaanku kepada-Nya..Aku menangis semahu-mahunya di depan Allah..Aku mengangis bukan kerana aku lemah..Tetapi aku menangis untuk menghilangkan dendam di hatiku dan aku menangis supaya aku redha…kerana aku hanya milik-Mu ya Allah….
Sekian….

P/s Andai kita sudah tidak bersama, abadikanlah cinta kita di dalam jiwa..Andai sudah tidak cinta berpisahlah sebaik-baiknya, dan jangan pernah ada dusta di antara kita…Tuhan andai dia bukan lagi milikku, ku hadiahkan cinta ini untuk-MU, sehingga sampai waktu Kau benarkan aku mencintai seseorang yang layak buatku…….Amin…
Perpisahan memang menyakitkan, tapi jika ia hadir dengan keredhaan kau akan merasai bertapa nikmatnya suatu percintaan itu…Hadirkanlah cintamu kekasihku bukan kerana aku, tetapi kerana cintamu kepada pencipta-MU….  

Sekian.

No comments:

Post a Comment