Assalamualaikum 
Sekadar menyampaikan. ...... 
Pesanan terbaik dari seorang rakan.... 
Assalamualaikum, 
Just  wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni  ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang  Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh  melemparkan senyum kepada saya. 
Kerana masih ada banyak waktu, saya  tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali  itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 
Bila  beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah  berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam  bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran  baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul ,  dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga  nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya  betul-betul. 
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain  penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan  mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga'  bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan  jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. 
Kedua, 
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. 
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas. 
Ketiga, surah 
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah  Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi.  Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya  pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya  mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana. 
Kalau  dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata  pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 
'untukmu agamamu, untukku agamaku' . 
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya  mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. 
Pertama, kekuatan minda 
Minda,  kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu  moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya  kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup. 
Kedua, kekuatan hati 
Hati  ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa  banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila  ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi  hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan  iman, kata pak cik... 
Ketiga, kuat fizikal 
Pertama-pertama,  kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak  cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat,  susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya 
. 
Habis  saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta  diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. 
Terima  kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar  saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya  sampaikan.. 
Iqra'.....! 
Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind... 
Recite 3x : 
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".  
 
 
 
No comments:
Post a Comment